• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adham Baba Tuntut C4 Mohon Maaf, Ganti Rugi

oleh
12/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba hari ini mengemukakan notis tuntutan permohonan maaf terhadap Pusat Untuk Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) yang mendakwa beliau terbabit dalam skandal memperoleh kontrak perolehan darurat Kementerian Kesihatan (KKM).

Notis itu disampaikan melalui Tetuan Fauzi dan Naseer, yang menuntut permohonan maaf terbuka dalam tempoh tujuh hari serta bayaran ganti rugi kerosakan.

Peguam, Naseer Yusof berkata, selain permohonan maaf, anak guamnya juga menuntut ganti rugi sebanyak RM30 juta kepada pihak yang mengeluarkan kenyataan berunsur tohmahan dan fitnah yang jelas merosakkan reputasi Dr Adham sebagai Menteri Kesihatan.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Permohonan maaf itu perlu dilakukan di media sosial, laman web serta sidang akhbar dan setelah itu barulah budi bicara akan dilakukan terhadap tuntutan ganti rugi itu.

“Sekiranya ia tidak dilakukan dalam tempoh tujuh hari, maka kita akan memfailkan saman sivil di Mahkamah Tinggi dan biar mahkamah yang menentukan siapa yang berada di pihak yang benar,” katanya.

Beliau bersama beberapa peguam serta pegawai KKM hari ini hadir di pejabat C4 di Petaling Jaya untuk menghantar notis itu. Bagaimanapun pejabat itu tutup dan tiada kakitangan yang kelihatan bekerja.

Semalam, Pejabat KKM dalam satu kenyataan berkata, tuduhan mengatakan Dr Adham mempunyai kaitan dengan syarikat Khazanah Jaya Sdn Bhd (KJSB) yang memperoleh kontrak perolehan darurat bagi pelaksanaan ‘Lab Maligation Solution For COVID-19’ tidak benar, berniat jahat dan bersifat ‘pembunuhan karakter’.

Mereka menegaskan Dr Adham tidak pernah mempunyai sebarang kepentingan perniagaan dalam KJSB atau pemegang saham syarikat terbabit, malah tidak pernah memberi sebarang arahan kepada pegawai kementerian supaya meluluskan pemberian kontrak kepada KJSB atau mana-mana syarikat.

Naseer menjelaskan, kenyataan yang mengaitkan Dr Adham mempunyai proksi untuk memperoleh bekalan tender itu serta pembabitan rasuah adalah sangat menjejaskan reputasi beliau.

“Tuntutan yang dilakukan Dr Adham hari ini adalah untuk memberi input kepada orang luar dan masyarakat di sana bahawa beliau seorang yang penuh berintegriti dan akan berdepan dengan pihak yang membuat tohmahan.

“Kita akan mempertimbangkan laporan polis tetapi disebabkan isu ini berkaitan civil kita menghantar notis tuntutan dahulu sebelum saman di mahkamah. Lagipun ia tidak membabitkan kes jenayah dan kita tidak mahu membebankan polis dengan isu begini,” katanya. – BH Online

Tags: C4Dr Adham BabaKKMMenteri Kesihatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd