• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

95 Peratus Inisiatif PRIHATIN Sudah Dilaksana

oleh
05/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sebanyak 95 peratus daripada 10 langkah utama Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM260 bilion sudah dilaksanakan setakat ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, berkata permohonan juga sudah dibuka pada 1 Mei untuk Geran Khas PRIHATIN (GKP) kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Mikro.

Katanya, kerajaan memperuntukkan RM2.1 bilion, yang mana RM3,000 akan diberikan kepada setiap PKS Mikro aktif yang berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) pada 31 Disember 2019.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Permohonan dibuka sehingga 15 Mei ini. Keputusan akan diumumkan pada minggu pertama Jun dan pembayaran dijangka akan dibuat pada hujung Jun. Untuk maklumat lanjut, silalah layari gkp.hasil.gov.my.

“Selain itu, permohonan untuk skim jaminan pinjaman Danajamin bernilai RM50 bilion juga sudah bermula pada 1 Mei lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi perkongsian laporan keempat pencapaian pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang disiarkan secara langsung di akaun Facebook rasminya hari ini.

Tengku Zafrul turut berkongsikan mengenai program i-Lestari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mana sehingga 3 Mei lalu, KWSP telah meluluskan lebih 3.5 juta permohonan berjumlah RM1.66 bilion.

Tags: Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pembayaran Fasa 2 BPN Kepada B40, M40 Sudah Bermula

Next Post

Tiada Had Masa Untuk Keluar

Related Posts

7.6 Juta Rakyat Sudah Terima Agihan BPN RM5.2 Bilion

21/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Lebih RM5.2 bilion bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sudah dibuat kepada 7.6 juta penerima dalam fasa pertama...

Bantuan ‘One-Off’ Kepada Penerima Layak Telah Disalurkan

14/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan telah menyalurkan insentif bayaran secara ‘one-off’ kepada penerima yang layak secara berperingkat seperti mana yang...

Next Post

Tiada Had Masa Untuk Keluar

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd