• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

664 Masih Terkandas, 14,015 Sudah Dibawa Pulang

oleh
06/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 14,015 rakyat Malaysia di 70 negara yang terkandas berikutan pembatalan penerbangan dan sekatan perjalanan di negara berkenaan akibat penularan wabak COVID-19 sudah dibawa pulang ke negara ini.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamaruddin Jaafar, berkata hingga kini seramai 664 rakyat Malaysia masih terkandas di luar negara termasuk 190 jemaah tabligh yang sedang ditahan sementara dan dikuarantin di India.

“Seramai 158 jemaah tabligh ini berada di New Delhi, 23 orang di Chennai dan sembilan lagi di Mumbai.

“Daripada jumlah itu, 55 orang sudah dikenakan tuduhan menyalahguna visa lawatan oleh pihak berkuasa India,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media perkembangan rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara yang disiarkan secara langsung melalui laman Facebook Wisma Putra, hari ini.

Wisma Putra melalui perwakilan Malaysia di India masih menghulurkan bantuan konsular kepada jemaah tabligh yang terbabit termasuk makanan, ubat dan barangan asas harian bagi memastikan kebajikan mereka sentiasa terpelihara.

“Selain itu, saya juga mengarahkan perwakilan Malaysia menyelaras usaha bagi membolehkan mereka ini mendapat khidmat guaman, selain membawa mereka keluar,” katanya.

Dari segi usaha membawa pulang rakyat Malaysia ke tanah air, Kamaruddin berkata, kementerian sedang memantau rapat perkembangan semasa mereka termasuk pelajar.

Selain itu, beliau turut menasihatkan pelajar Malaysia di Russia supaya kekal di negara itu dan kerajaan mengambil langkah sewajarnya membantu mereka termasuk mengaktifkan pasukan petugas khas COVID-19 di peringkat kedutaan dan jaringan perhubungan dengan semua komuniti rakyat Malaysia.

“Kerajaan tiada halangan jika ada dalam kalangan rakyat Malaysia bercadang untuk keluar dari Russia dengan cara persendirian, contohnya melalui penerbangan khas dengan tanggungan sendiri.

“Dalam kes sebegini, Wisma Putra akan membantu memudahkan urusan berkenaan termasuk berhubung dengan kerajaan Russia,” katanya. – BH Online

Tags: Covid-19rakyat Malaysiaterkandas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Tak Campur Tangan Dalam Sistem Kehakiman

Next Post

Malaysia Akan Bantu Palestin Tangani COVID-19

Related Posts

Harga Petrol RM1.99 Untuk Rakyat Malaysia, Bukan Warga Asing

Harga Petrol RM1.99 Untuk Rakyat Malaysia, Bukan Warga Asing

27/07/2025
0

MUAR - Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad menegaskan harga petrol RON95 pada kadar subsidi RM1.99 seliter yang diumumkan...

Rakyat Malaysia Dinasihat Elak Sempadan Thailand-Kemboja Susulan Ketegangan Memuncak

Rakyat Malaysia Dinasihat Elak Sempadan Thailand-Kemboja Susulan Ketegangan Memuncak

24/07/2025
0

BANGKOK: Kedutaan Besar Malaysia di Thailand menasihatkan rakyat Malaysia supaya mengelak daripada memasuki kawasan pertikaian di sepanjang sempadan Thailand-Kemboja susulan...

Next Post

Malaysia Akan Bantu Palestin Tangani COVID-19

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd