• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

584 Pelajar IPT Dihantar Pulang Hari Ini

oleh
27/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERAMAI 584 pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) akan dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing melalui dua penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu hari ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sejak 27 April lalu hingga hari ini Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sudah menghantar pulang 53,785 pelajar IPT yang berada di kampus ke pangkuan keluarga pelajar masing-masing.

“Semalam, KPT menghantar pulang 1,144 pelajar melalui empat penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu.

“KPT juga memastikan semua pelajar yang terbabit dalam pergerakan pulang ke kampung halaman untuk menjalani saringan ujian swab sebelum diterbangkan pulang,” katanya ketika sidang media harian di Putrajaya hari ini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Sementara itu beliau sebanyak 824 kenderaan yang cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung diarah berpatah balik oleh PDRM berbanding 738 pada hari sebelumnya.

“Negeri yang mencatatkan cubaan rentas negeri untuk pulang ke kampung tertinggi adalah Selangor (284), Kedah (122) dan Melaka (113).

“Semalam PDRM sudah menahan 136 individu yang mana 75 individu direman dan 61 individu dijamin atas kesalahan ingkar PKPB,” katanya.

Tambah beliau lagi, kompaun dikeluarkan kepada 534 individu atas pelbagai kesalahan ingkar arahan PKPB. “Daripada 266 kompaun yang dikeluarkan di balai polis, 25 kompaun kerana kesalahan ziarah Aidilfitri. Sebanyak 268 kompaun dikeluarkan di lapangan, yang mana 257 dikeluarkan di Sekatan Jalan Raya (SJR).

“Justeru, semua pihak diingatkan supaya mematuhi SOP dan peraturan yang ditetapkan. Kerjasama dan kawalan kendiri daripada anda semua amat penting dalam memerangi pandemik Covid-19 ini.

“PDRM akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang mencuba merentas negeri tanpa kebenaran, termasuk mengenakan kompaun,” katanya.

Tags: KampungKPTPelajar IPTSabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd