• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

451,865 Permohonan BPN Ditolak Kerana Ada Rekod SSM

oleh
12/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Hampir separuh daripada 1.05 juta permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang ditolak terdiri daripada individu yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Seri Sabin Samitah, berkata mana-mana permohonan yang gagal mendapat BPN berikutan mempunyai rekod dengan SSM, boleh membuat rayuan dengan menghubungi LHDN dan datang sendiri ke cawangan LHDN di seluruh negara bagi memudahkan proses rayuan.

Beliau berkata, jika ia dilakukan melalui komunikasi emel atau menghubungi pusat panggilan LHDN, pihaknya khuatir apa yang ingin disampaikan mungkin tidak dapat difahami pegawai di pejabat hasil atau dokumen yang dikemukakan bukan yang diperlukan dalam permohonan berkenaan.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Biarpun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini orang ramai tidak digalakkan datang beramai-ramai ke pejabat LHDN untuk mengelakkan penularan COVID-19, tetapi LHDN sudah membuat persediaan sebaik mungkin untuk memastikan mereka yang hendak merayu berpeluang bersemuka dengan pegawai LHDN dan memberikan penjelasan kepada pegawai kami dan membawa dokumen yang diperlukan.

“Ia berikutan, antara isu yang ditimbulkan rekod SSM. Rekod SSM ini memang agak kritikal kerana dasar yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan sebelum ini ialah, sekiranya seseorang itu mempunyai rekod dengan SSM, maka mereka tidak layak BPN.

“Bagaimanapun, kelonggaran ini sudah diberikan dan kita akan menyemak sama ada syarikat itu masih aktif atau ‘dormant’ (tidak aktif),” katanya dalam wawancara khas bersama Bernama, BH dan New Straits Times di sini, hari ini.

Sabin berkata, selain itu, LHDN juga akan melihat berapa pendapatan pemohon daripada syarikat atau pemilikan tunggal terbabit, sebelum membuat semakan sama ada mereka layak menerima BPN atau sebaliknya.

Beliau berkata, pihaknya mendapati ramai antara pemohon yang mempunyai rekod dengan SSM yang membuat permohonan iaitu 451,865 individu daripada 1,056,860 yang ditolak permohonan mereka.

Katanya, pihak yang mahu membuat rayuan perlu membawa penyata akaun syarikat untuk membolehkan LHDN melihat berapa banyak pendapatan yang diperolehi daripadanya.

“LHDN tidak meletakkan sebarang tanda aras untuk pendapatan yang diperolehi daripada syarikat terbabit, namun jika jumlahnya besar dan melebihi paras ditetapkan kerajaan (untuk melayakkan mereka menerima BPN), sudah tentu mereka tidak boleh mendapat BPN.

“Mereka perlu mengisi satu borang rayuan dan kami akan menerima dengan suci hati pengisytiharan mereka itu.

“Jika mereka tidak mempunyai penyataan akaun tahunan, mereka boleh juga membuat pengisytiharan kendiri,” katanya.

Pun begitu, bukan semua yang yang mempunyai rekod dengan SSM yang ditolak permohonannya.

Sabin berkata, walaupun permohonan daripada mereka yang mempunyai syarikat sendirian berhad akan terus ditolak kerana tidak layak, mereka yang berstatus pemilikan tunggal atau perkongsian dianggap layak oleh Kementerian Kewangan, namun berada bawah kategori M40.

Dianggarkan kira-kira 70,000 pemohon yang berada dalam kategori ini layak menerima BPN setakat ini untuk pembayaran fasa kedua.

Pada masa sama, Sabin menasihatkan individu yang mempunyai rekod SSM atau perniagaan sendiri untuk menyimpan rekod perniagaan dengan baik, kerana mereka berkemungkinan tidak perlu membayar cukai berikutan tidak layak, sebaliknya boleh pula membuat tuntutan terhadap pelbagai perbelanjaan syarikat.

Menyentuh isu ada penerima yang menerima pembayaran kurang daripada bantuan yang diumumkan, Sabin berkata, selepas membuat semakan terperinci, pihaknya mendapati ada antara individu berkenaan mempunyai rekod dengan SSM, menyebabkan mereka hanya layak mendapat sebahagian daripada jumlah bantuan terbabit.

Ditanya apa tindakan yang boleh diambil terhadap individu yang membuat penipuan dalam permohonan mendapatkan BPN, Sabin berkata, pihak terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 193 Kanun Keseksaan iaitu memberikan maklumat tidak benar atau palsu.

Tags: bantuan prihatin nasionalSuruhanjaya Syarikat Malaysia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PN Kedah Akan Kemuka Calon Menteri Besar Baharu

Next Post

110 Sembuh, Tiada Kematian, 16 Kes Baharu Covid-19

Related Posts

SSM Nafi Dakwaan Kebocoran Data Entiti Perniagaan Di Malaysia

30/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menafikan dakwaan terdapat kebocoran data membabitkan entiti perniagaan di Malaysia seperti dilaporkan beberapa...

Najib Cadang Skim i-Survive RM5,000, i-Citra RM10,000

15/09/2021
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan dicadang memperkenalkan skim i-Survive membabitkan pemberian pinjaman automatik sehingga RM5,000 kepada orang ramai. Bekas Perdana Menteri,...

Next Post

110 Sembuh, Tiada Kematian, 16 Kes Baharu Covid-19

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd