• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

33 Laporan Polis Kenyataan Berunsur Hasutan Xavier

oleh
20/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menerima 33 laporan daripada seluruh negara mengenai dakwaan Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan dan provokasi terhadap sidang Dewan Rakyat yang berlangsung kelmarin.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata pihaknya sedang menyiasat secara menyeluruh kes membabitkan bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli itu sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

“Kita terima 33 laporan itu di seluruh negara setakat ini. Siasatan sedang dijalankan (membabitkan kenyataan Dr Xavier),” katanya pada BH, hari ini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Semalam, Gerakan Aktivis Tuntut Malaysia (TUNTUT) yang menganggap kenyataan itu sebagai berbaur hasutan membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

TUNTUT menyifatkan tindakan Xavier itu seolah-olah menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan perbuatan berkenaan tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang Ahli Parlimen.

Pada hari sama, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Wangsa Maju turut membuat laporan polis berhubung isu sama terhadap Xavier.

Ketuanya, Mohammed Ridzal Kamal Ghazalee dilaporkan berkata, berkata kenyataan itu adalah satu penghinaan kepada institusi diraja di negara ini dan tidak wajar mana-mana ahli politik mempertikaikan keputusan untuk Parlimen bersidang seperti yang berlangsung kelmarin.

Sebelum ini, menerusi satu video berdurasi selama hampir tiga minit, Xavier menyifatkan persidangan berkenaan sebagai sampah dan tidak berguna.

Xavier dilaporkan berkata, Ahli Parlimen cuma berada sejam saja di Dewan Rakyat hanya untuk mendengar titah Yang di-Pertuan Agong atas alasan COVID-19.

Sidang itu dijadual selama sehari, namun dipendekkan untuk mendengar titah diraja Yang di-Pertuan Agong. – BH Online

Tags: Ahli Parlimenhasutansidang dewan rakyatXavier Jayakumar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Brazil Catat 1,176 Kematian Covid-19 Tempoh 24 Jam

Next Post

60 Pulih, Tiada Kematian, 31 Kes Baharu Covid-19

Related Posts

Mahkamah Persekutuan Putuskan Bekas Senator, Ahli Parlimen Tiada Hak Tuntut Kenaikan Pencen

Mahkamah Persekutuan Putuskan Bekas Senator, Ahli Parlimen Tiada Hak Tuntut Kenaikan Pencen

07/04/2025
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan memutuskan Ahli Parlimen dan senator bersara tidak berhak menikmati kenaikan pencen apabila semakan gaji dibuat. Ketika membenarkan...

Kenyataan Berbaur Hasutan, Akmal Beri Keterangan Esok

Kenyataan Berbaur Hasutan, Akmal Beri Keterangan Esok

28/09/2024
0

Jasin : Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh akan dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)...

Next Post

60 Pulih, Tiada Kematian, 31 Kes Baharu Covid-19

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd