• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

31 Pulih, Satu Kematian, 37 Kes Baharu Covid-19

oleh
19/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LEKUK jangkitan baharu Covid-19 dalam negara kian mendatar dengan hanya merekodkan 6,978 kes selepas mencatatkan pertambahan hanya 37 kes baharu, hari ini.

Negara terus mencatatkan pertambahan kes baharu Covid-19 pada angka dua digit dengan kali terakhir jangkitan tertinggi dilaporkan pada 3 Mei yang merekodkan 122 kes dan 105 kes sehari sebelum itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 37 kes baharu yang dilaporkan itu, 35 kes berkaitan penularan tempatan dengan 22 daripadanya membabitkan kes bukan warga Malaysia.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Beliau berkata, baki dua lagi kes membabitkan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

“Ingin dimaklumkan, ada 31 kes yang pulih hari ini (semalam) menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya dan discaj dari wad sebanyak 5,646 kes, iaitu 80.9 peratus daripada keseluruhan kes.

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,218 kes dan mereka sudah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya ketika sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sehingga semalam, hanya tinggal 11 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), daripada jumlah itu enam pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau turut memaklumkan, satu kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat jam 12 tengah hari hari ini.

Justeru, katanya, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia bertambah kepada sebanyak 114 kes, 1.63 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Kes kematian ke-114 (kes ke-6942) membabitkan wanita warga Malaysia berusia 77 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit barah hati.

“Beliau dirawat di sebuah pusat perubatan di Pahang dan disahkan meninggal dunia pada 18 Mei (semalam), 3.09 pagi,” katanya.

Tags: Covid-19CPRCKKMkoronavirus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bedah Siasat Syamsul Haris Dijalankan Ikut Prosedur Forensik – KKM

Bedah Siasat Syamsul Haris Dijalankan Ikut Prosedur Forensik – KKM

27/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan proses bedah siasat forensik dalam kes kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Allahyarham...

Penjualan Vape Akan Diharamkan Sepenuhnya – Dzulkefly

Penjualan Vape Akan Diharamkan Sepenuhnya – Dzulkefly

10/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan akan mengharamkan sepenuhnya penjualan rokok elektronik atau vape sebagai langkah membendung penyalahgunaan produk berkenaan. Menteri Kesihatan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd