• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zon Merah Covid-19 Kekal 27 Kawasan

oleh
16/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ZON merah Covid-19 di seluruh negara kekal 27 dan tiada pertambahan kawasan baharu direkodkan setakat jam 12 tengah malam, semalam.

Maklumat itu dikongsikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Facebook rasminya semalam dan akaun Twitter KKM Putrajaya, hari ini.

Kelmarin, Muar dikategorikan sebagai zon merah selepas kawasan berkenaan merekodkan 46 kes positif Covid-19.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Berdasarkan data berkenaan, Selangor masih mendahului dengan kes tertinggi direkodkan di daerah Hulu Langat (440 kes) diikuti Petaling (363 kes), Klang (171 kes), Gombak (142 kes), Sepang(68 kes) dan Hulu Selangor (49 kes).

Kuala Lumpur di tempat kedua dengan 926 kes yang mana Lembah Pantai, Kepong, Titiwangsa dan Cheras dikategorikan sebagai zon merah.

Johor pula merekodkan 601 kes dengan Kluang, Johor Bahru, Batu Pahat dan Muar dikategorikan sebagai zon merah.

Lain-lain kawasan zon merah di semenanjung terletak di Putrajaya (54 kes), Jasin (68 kes), Melaka Tengah (51 kes) Rembau (53 kes), Seremban (262 kes), Hilir Perak (65 kes), Kinta (93 kes), Kuantan (106 kes), Jerantut (72 kes) dan Kota Bharu (90 kes).

Di Sabah, hanya daerah Tawau dikategorikan sebagai zon merah dengan 79 kes manakala Kuching mencatat 245 kes iaitu yang tertinggi di Sarawak diikuti Kota Samarahan (54 kes).

Daerah lain di seluruh negara merekodkan satu hingga 40 kes kecuali Yan, Machang, Hulu Terengganu, Kapit, Asajaya, Baram, Bau, Belaga, Dalat, Daro, Julau, Kanowit, Lundu, Song, Saratok, Lubok Antu, Meradong, Pekan, Tatau, Selangau, Kota Marudu, Kudat, Nabawan, Pitas, Tenom, Kuala Penyu, Tongod dan Beluran yang masih bebas kes Covid-19. – myMetro Online

Tags: Covid-19KKMZon Merah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd