PUTRAJAYA – Sehingga jam 12 tengah hari semalam, jumlah zon merah kekal 13 kawasan walaupun terdapat pertambahan kes COVID-19 di negara ini.
Menerusi infografik yang dikongsi Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM), Kuala Lumpur masih kekal menjadi negeri tertinggi mempunyai kes positif COVID-19 yang aktif iaitu sebanyak 443 kes yang masih aktif dan kawasan Lembah Pantai mendominasi jumlah kes iaitu sebanyak 280 kes aktif.
Semua daerah di Kuala Lumpur masih dikategorikan sebagai zon merah kecuali Cheras yang kini diletakkan sebagai zon jingga kerana terdapat penurunan kes aktif iaitu kini hanya 33 kes berbanding sebelum ini sebanyak 98 kes dicatatkan di daerah berkenaan.
Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516
Johor turut mencatatkan kes tinggi positif COVID-19 yang masih aktif iaitu sebanyak 273 kes sehingga semalam, diikuti Selangor sebanyak 230 kes, Negeri Sembilan sebanyak 88 kes aktif, Pahang (80), Melaka (73) Terengganu (44).
Selain itu, di beberapa negeri lain turut mempunyai kes aktif antaranya Kedah dan Kelantan masing-masing mencatatkan lima kes aktif, Pulau Pinang (lapan) dan Wilayah Persekutuan Labuan (dua).
Sehingga kini, Malaysia mencatatkan sebanyak 5,780 kes dan daripada jumlah berkenaan 1,820 kes masih aktif.
Bagi jumlah pesakit COVID-19 yang sudah pulih sepenuhnya pula, sebanyak 3,862 kes dicatatkan sehingga semalam dan 98 kes kematian.



