• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wak Doyok Dipanggil Polis

oleh
30/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERSONALITI fesyen dan pelakon, Wak Doyok dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri dekat sini, hari ini.

Ia susulan selebriti berkenaan membeli dan menggunakan cincin berukiran mempunyai lambang peribadi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, Wak Doyok atau nama sebenarnya, Mohd Azwan Md Nor, 41, hadir ke IPD Iskandar Puteri dari Klang sejak jam 11 pagi tadi.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

“Wak Doyok disiasat mengikut Seksyen 3(1)(c) Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Johor 2017.

“Kes ini sebenarnya sudah lama, dia membeli cincin pada 2012 secara dalam talian dari sebuah syarikat di Indonesia.

“Namun satu laporan polis sudah dibuat Selasa lalu oleh kerajaan Johor dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 3(1)(c) Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Johor 2017.

“Kertas siasatan akan disiapkan sebelum ia diberi pada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan susulan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hari ini.

Semalam, Wak Doyok dilaporkan memohon maaf kepada keluarga Diraja Johor selepas ditegur Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim apabila dia menempah sebentuk cincin menggunakan ukiran lambang peribadi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Wak Doyok membuat permohonan maaf di akaun Instagram selepas turut diminta memberi penjelasan oleh Tunku Idris di akaun Instagram baginda.

Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, Wak Doyok berdepan hukuman denda tidak kurang daripada RM250,000 atau tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih lima tahun, jika sabit kesalahan.

“Memang menjadi kesalahan di Johor mengikut enakmen ini kerana tidak ada mana-mana individu boleh menggunakan, menempah, menghasilkan, menyalahgunakan lambang dan anugerah yang dikurniakan oleh Sultan Johor kecuali selepas mendapat kebenaran bertulis daripada Sultan Johor.

“Saya bagi amaran jangan sewenang-senangnya menggunakan memakai membuat menyalahgunakan lambang ini kerana ia adalah satu kesalahan,” katanya. – myMetro Online

Tags: cincinSultan Ibrahim Sultan IskandarSultan JohorWAK DOYOK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bomba Bantu Potong 2 Cincin Tersangkut Pada Kemaluan Lelaki

Bomba Bantu Potong 2 Cincin Tersangkut Pada Kemaluan Lelaki

16/11/2024
0

Sungai Petani : Pasukan Bomba dipanggil untuk membantu memotong dua cincin yang tersangkut pada kemaluan seorang lelaki di Hospital Sultan...

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

27/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd