• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Telco Usaha Atasi Masalah Internet Perlahan Musim PKP

oleh
05/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Semua 13 syarikat telekomunikasi (telco) di negara ini sedang berusaha menambah baik capaian internet di kawasan perumahan yang dilaporkan perlahan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, masalah itu berlaku kerana penggunaan internet di kawasan perumahan meningkat secara mendadak ekoran orang ramai tidak boleh keluar selain ada yang bekerja dari rumah.

“Secara umumnya komposisi capaian internet mempunyai tiga komponen iaitu kawasan perumahan, pejabat dan jalan raya. Mereka (syarikat telekomunikasi) sedang bertungkus-lumus untuk memastikan akses internet di kawasan perumahan tidak terjejas.

“Mereka berusaha untuk memastikan kita tidak ‘runtuh’ dari segi capaian dan sedang berusaha ‘menugasi semula’ tiga komponen itu supaya lebih pemberatan di kawasan perumahan agar akses internet dapat dikekalkan pada tahap yang baik,” katanya.

Saifuddin berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau hab simpanan barang sumbangan COVID-19 bagi Parlimen Indera Mahkota di sini hari ini, yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah, Andansura Rabu.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata, setakat ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah membuka 48 kertas siasatan berkaitan Covid-19, iaitu 46 kes melibatkan berita palsu manakala bakinya melibatkan elemen jelik.

Daripada jumlah itu, kes paling banyak direkodkan di platform laman sosial Facebook iaitu sebanyak 37 kes diikuti Twitter (tujuh kes), WhatsApp (tiga kes) dan satu di laman web.

“Kita juga mempunyai 24 kes dalam siasatan aktif iaitu di peringkat pemantauan, mengenal pasti suspek dan analisis forensik. Selain itu, SKMM telah mendakwa enam individu di mahkamah manakala lima lagi dikeluarkan notis amaran.

“Ini bukan angka yang baik kerana kita sedang menangani isu COVID-19. Setiap hari, Pasukan Respon Pantas kementerian kami juga perlu menafikan lima atau enam berita tidak sahih yang tular di laman sosial,” katanya.

Selain itu, Saifuddin berkata, beliau telah memaklumkan Kementerian Kewangan supaya petugas media di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia disenaraikan sebagai petugas barisan hadapan kerana mereka juga ‘turun ke bawah dan terdedah kepada risiko’ seperti yang dialami pihak kesihatan dan keselamatan dalam melaksanakan tugas.

Mengulas mengenai bantuan Covid-19 di Parlimen Indera Mahkota, Saifuddin selaku Ahli Parlimennya berkata, pengagihan sumbangan dibuat sejak awal pelaksanaan PKP melibatkan pemberian pek makanan kepada pelajar universiti dan petugas barisan hadapan.

“Sumbangan barangan dapur melibatkan 4,000 penerima selain sumbangan barangan bayi termasuk susu dan barangan keperluan peribadi seperti tuala wanita serta lampin pakai buang dewasa diberikan kepada 2,000 penerima,” katanya.

Saifuddin berkata, sebanyak 1,000 unit penutup hidung dan mulut serta cecair pembasmi kuman dan 500 unit pelindung muka disumbangkan kepada petugas barisan hadapan selain terdapat sukarelawan wanita di Beserah yang menjahit peralatan perlindungan diri (PPE) buat petugas kesihatan.

Tags: internetperintah kawalan pergerakanTelcoTelekomunikasi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

450 Positif Covid-19 Di 3 Kawasan PKPD

Next Post

Dana Khas Prihatin Bantu Nelayan Terjejas

Related Posts

RM100 Juta Pastikan Capaian Internet Sekolah Luar Bandar

RM100 Juta Pastikan Capaian Internet Sekolah Luar Bandar

18/10/2024
0

KUALA LUMPUR : Sebanyak RM100 juta diperuntukkan bagi memastikan capaian internet di sekolah desa dan pedalaman. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Pakej Internet Berkelajuan Tinggi Untuk Sekolah Mulai 1 Julai

Pakej Internet Berkelajuan Tinggi Untuk Sekolah Mulai 1 Julai

18/05/2024
1

Kerajaan akan menyediakan pakej khas langganan internet jalur lebar talian tetap berkelajuan tinggi untuk dilanggan sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan...

Next Post

Dana Khas Prihatin Bantu Nelayan Terjejas

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd