• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sub-Kluster COVID-19 Di Rembau, Merebak Ke 4 Lokaliti

oleh
08/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu sub-kluster Covid-19 di daerah Rembau, Negeri Sembilan yang berkaitan dengan perhimpunan di Seri Petaling.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia membabitkan kakitangan satu sekolah dan kemudiannya beberapa lokaliti di dalam daerah Rembau iaitu di Pedas, Pilin, Kundur dan Batu Hampar.

Beliau berkata, setakat jam 12 tengah hari hari ini, terdapat 27 orang dalam sub-kluster sudah dikenal pasti positif Covid-19 termasuk dua kes yang dirawat di Unit Rawatan Intensif (ICU).

“Kluster ini mula dikesan apabila keputusan ujian Covid-19 positif bagi beberapa guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pedas.

“Penularan ini dipercayai berpunca daripada satu mesyuarat diadakan di sekolah berkenaan apabila ia dihadiri oleh kes indeks kes ke-448 iaitu seorang daripada peserta perhimpunan di Seri Petaling.

“Guru dan kakitangan sekolah yang dijangkiti seterusnya menjangkiti ahli keluarga mereka dan penduduk kampung, sehingga terdapat tiga generasi jangkitan,” katanya dalam sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati ada aktiviti kunjung mengunjung ke rumah saudara untuk melawat ahli keluarga yang tidak sihat walaupun negara kini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – myMetro Online

Tags: Covid-19Ijtimak TablighKKMNegeri SembilanRembau
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd