• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekitar 80% Pekebun Kecil Getah Tak Tuntut IPG

oleh
12/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALING – Sekitar 80 peratus pekebun dan penoreh getah di seluruh negara belum membuat tuntutan insentif pengeluaran getah (IPG) yang diperuntukkan bagi membantu mereka menghadapi kejatuhan harga komoditi itu.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata disebabkan keadaan itu usaha kerajaan untuk memastikan pendapatan golongan itu stabil walaupun berlaku penurunan harga getah, tidak mencapai matlamat.

“Apabila harga getah sekerap jatuh bawah RM2.50 sekilogram, automatik kita aktifkan IPG, contohnya, kalau mereka jual kepada peraih dengan harga RM1.70 baki RM0.80 kita akan bayar terus ke akaun mereka.

“Cuma saya ingin lihat bagaimana kita boleh memudahkan mereka membuat tuntutan, kerana setakat ini tuntutan yang telah dibuat oleh mereka sangat kecil iaitu 10-20 peratus sahaja yang membuat tuntutan dan sebanyak 80 peratus lagi tidak membuat tuntutan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pusat belian getah di Kampung Luar di sini, hari ini.

Antara sebab utama keadaan itu berlaku kerana penoreh getah beranggapan proses membuat tuntutan itu sukar selain memerlukan mereka ke pejabat Lembaga Getah Malaysia yang terletak jauh dari kediaman mereka.

Khairuddin berkata, berdasarkan harga semasa getah jumlah keseluruhan tuntutan yang sepatutnya boleh dibuat oleh pekebun kecil berjumlah RM500 juta, namun hanya sekitar RM100 juta daripada jumlah itu telah dituntut.

Ketika ini dianggarkan 400,000 pekebun kecil dan penoreh getah di seluruh negara dan kebanyakan mereka terdiri daripada golongan berpendapatan rendah B40.

Kebanyakan pekebun kecil itu juga banyak menghasilkan getah sekerap sedangkan permintaan adalah lebih tinggi untuk getah keping.

“Sehinggakan kita terpaksa mengimport getah keping dari Thailand untuk tampung keperluan kita. Sebab itu kita kena lihat bagaimana pekebun kecil dapat menghasilkan getah keping kerana harganya lebih tinggi daripada getah sekerap,” katanya.

Tags: Insentif Pengeluaran GetahPekebun Kecil GetahPenoreh Getah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bilangan Zon Merah COVID-19 Kekal 26 Daerah

Next Post

Saringan Covid-19 Di Sekitar Jalan Masjid India

Related Posts

Penoreh Getah Mengaku Salah Cederakan Warga Emas Guna Parang

Penoreh Getah Mengaku Salah Cederakan Warga Emas Guna Parang

03/09/2024
0

TAIPING: Seorang penoreh getah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki warga...

Dewan Negara: Tiga Inisiatif Domestik Bantu Pekebun Kecil Getah

Dewan Negara: Tiga Inisiatif Domestik Bantu Pekebun Kecil Getah

25/09/2023
0

PETALING JAYA – Kerajaan akan terus berusaha untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah serta pengeluaran getah negara dengan melaksanakan strategi...

Next Post

Saringan Covid-19 Di Sekitar Jalan Masjid India

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd