• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rosmah Tak Pernah Mohon BPN – Najib

oleh
07/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor membuat permohonan dan diluluskan untuk menerima Bantuan Prihatin Nasional.

“Ada posting yang sedang disebar oleh penulis media sosial PH (Pakatan Harapan) bahawa bini saya telah diluluskan untuk menerima Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM800.

“Seperti diumumkan, kerajaan akan membayar bantuan secara automatik mengikut “database” LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) tanpa perlu dimohon.

“Bagaimanapun, bini saya kata dia tak pernah memohon dan juga tak pernah menerima SMS bahawa dia layak untuk dibayar RM800 itu,” katanya menerusi entri terbaharu di Facebooknya sebentar tadi.

Najib yang juga bekas Presiden UMNO berkata, jika ia benar dan wang RM800 itu dibayar secara automatik ke dalam akaun bank isterinya ia akan disumbangkan kepada Tabung Covid Kerajaan.

“Sebenarnya, saya menyambut baik usaha kerajaan PN (Perikatan Nasional) untuk cuba membantu seberapa ramai rakyat yang mungkin dalam krisis Covid luar biasa ini.

“Sesiapa lagi yang menerima bayaran bantuan ini dari kerajaan PN dan rasa mereka tidak memerlukannya, boleh salurkan bayaran itu kepada Tabung Covid,” katanya.

Menurutnya, tabung itu dikendalikan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), sumbangan boleh disalurkan kepada akaun 16010001138714 (Bank Muamalat – Tabung Bantuan Bencana Negara).

“Inilah cara paling mudah untuk mengembalikan wang tersebut kepada kerajaan,” tambahnya. – Sinar Harian

Tags: bantuan prihatin nasionalNajib Tun RazakRosmah Mansor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Permohonan Rosmah Supaya Hakim Kes Saman Sivil AS$346 Juta Difailkan 1MDB Tarik Diri Ditolak

Permohonan Rosmah Supaya Hakim Kes Saman Sivil AS$346 Juta Difailkan 1MDB Tarik Diri Ditolak

09/09/2024
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datin Seri Rosmah Mansor supaya Hakim Adlin Abdul Majid menarik...

Bicara Saman Barangan Kemas AS$346 Juta 1MDB – Rosmah Mohon Hakim Tarik Diri

Bicara Saman Barangan Kemas AS$346 Juta 1MDB – Rosmah Mohon Hakim Tarik Diri

26/06/2024
0

Rosmah Mansor mahu hakim yang membicarakan saman barangan kemas AS$346 juta 1MDB terhadapnya menarik diri kerana dia pernah menjadi rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd