• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM22.66 Juta Diterima Bagi Tabung COVID-19 Setakat Semalam

oleh
08/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sejumlah RM22.66 juta sumbangan wang tunai diterima melalui Tabung COVID-19 setakat semalam, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau, yang juga Menteri Pertahanan, berkata daripada jumlah itu, RM5.68 juta telah disalur kepada Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bagi fasa pertama pembelian bantuan keperluan harian kepada mereka yang terjejas, terutama bagi mereka di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

“Bagi fasa kedua, RM9.06 juta diperuntukkan, yang akan disalur ke Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan YKN untuk tingkat kemampuan pengagihan bantuan ini,” katanya pada sidang media hariannya di sini, hari ini.

Selain tabung rasmi COVID-19 yang diwujudkan kerajaan, Ismail Sabri berkata terdapat juga tabung lain yang diwujudkan atas inisiatif dan keprihatinan rakyat Malaysia bagi membantu golongan memerlukan.

Justeru, katanya kerajaan mencadangkan supaya setiap tabung berkenaan didaftarkan dengan  Kementerian Kewangan bagi membolehkan penyumbang diberikan insentif pengecualian cukai.

“Ramai rakyat Malaysia yang prihatin kepada mereka yang memerlukan bantuan termasuk memberikan sumbangan penutup mulut dan hidung, PPE (peralatan perlindungan diri) dan berbagai lagi… oleh itu banyak tabung yang telah diwujudkan.

“Kita harap mereka daftar dan laporkan kepada Kementerian Kewangan supaya pengecualian cukai dapat mereka nikmati,” katanya. 

Ismail Sabri turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak atas inisiatif mewujudkan tabung-tabung berkenaan. 

Tags: PKPDTabung COVID-19
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Belum Ada Kenyataan Rasmi Arab Saudi Mengenai Haji

Next Post

Tiada Bazar Ramadan Di KL, Putrajaya Dan Labuan

Related Posts

PKPD Di Kg. Jawa, Hilir Perak Tamat Seminggu Awal

25/12/2021
0

PUTRAJAYA : Tidak sampai tujuh hari dilaksanakan, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Jawa, Ayer Hitam, Daerah Hilir Perak...

Tiada Lokaliti Baharu Dikena PKPD

25/11/2021
0

KUALA LUMPUR: Tiada lokaliti baharu di negara ini yang diumum dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) hari ini. Ketua Pengarah...

Next Post

Tiada Bazar Ramadan Di KL, Putrajaya Dan Labuan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd