• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PGA7 Tingkat Kawalan Sempadan, Rondaan Bermotosikal

oleh
13/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Polis Marin (PPM) meningkatkan kawalan sempadan termasuk rondaan darat dan perairan serta di ‘laluan tikus’ seperti arahan Ketua Polis Negara bagi menyekat kemasukan pendatang asing dan mencegah penularan wabak COVID-19. 

Pegawai Pemerintah Batalion Ke 7 PGA, Supt. Azhari Nusi berkata, pasukannya turut menambah jumlah keanggotaan kepada 550 orang berbanding 300 orang sebelum ini bagi mengawal sepenuhnya sempadan daripada dibolosi.

Beliau berkata selain rondaan berjalan kaki, sekat pintas, sekatan jalan raya, risikan sempadan dan memantau 88 pangkalan haram, pihaknya kini menambah jumlah rondaan bermotosikal.

“Sebelum ini kita menggunakan 15 buah motosikal bagi menjalankan tugasan meronda namun kini sudah ditingkatkan kepada 35 buah.

“Kita juga membuat rondaan menggunakan motosikal milik anggota dalam bentuk penyamaran bagi memantau dan mengesan sebarang elemen yang mencurigakan di sempadan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan rondaan di perairan Sungai Golok bersama PPM Wliayah 3 Pengkalan Kubor di sini, hari ini.

Penularan wabak COVID-19 di negara ini memaksa agensi penguat kuasa di sempadan Malaysia-Thailand memperketatkan kawalan khususnya pada fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurutnya, pelaksanaan rondaan bermotosikal itu merangkumi kawasan jalan raya, kawasan kampung dan juga pangkalan haram di sekitar Rantau Panjang, Jeram Perdah dan Kuala Jambu.

Katanya rondaan ini berkonsepkan pencegahan daripada berlakunya penyeludupan manusia dan jenayah rentas sempadan.

“Dengan kuasa yang diperuntukkan kepada pihak polis iaitu mengikut Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967, tindakan tegas akan dikenakan kepada individu yang melanggar PKP,” katanya.

Beliau berkata segala nasihat sudah diberikan dan tiada kompromi terhadap mereka yang melanggarnya. 

Dalam perkembangan sama, Azhari berkata sejak mengambil alih tugasan kawalan sempadan pada 16 Mac lepas sehingga hari ini, PGA7 mencatatkan pengesanan 19 kes cubaan masuk ke negara ini dengan tangkapan seramai enam individu dan jumlah rampasan bernilai RM581,082.

Tags: perintah kawalan pergerakanPGAPPMsempadan negara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

17/01/2026
0

KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah menahan 23 individu serta merampas ribuan peranti rokok elektronik, vape dan cecair...

PGA Patahkan Cubaan Seludup Hampir 40,000 Biji Kelapa Ke Thailand

PGA Patahkan Cubaan Seludup Hampir 40,000 Biji Kelapa Ke Thailand

20/03/2025
1

TUMPAT: Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya mematahkan cubaan menyeludup kelapa ke Thailand apabila merampas 38,580 biji kelapa di pangkalan haram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd