• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengerusi GLC Diumum Minggu Depan?

oleh
10/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEBERAPA pemimpin disebut-sebut bakal dilantik sebagai pengerusi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dalam waktu terdekat.

Mereka termasuklah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai pengerusi Tenaga Nasional Berhad manakala Datuk Seri Mahdzir Khalid yang juga Ahli Parlimen Padang Terap dikatakan akan dilantik sebagai Pengerusi Telekom Malaysia Berhad.

Sumber berkata, antara nama lain ialah Datuk Seri Idris Jusoh yang disebut-sebut sebagai pengerusi Felda, Datuk Seri Rohani Karim (Bernas), Datuk Seri Shahidan Kassim (FGV) dan Datuk Hasbullah Osman di Syarikat Perumahan Negara Berhad.

Turut tular nama Ahli Dewan Undangan Negeri Sulaman Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yang dikatakan akan dilantik sebagai Pengerusi Tabung Haji; Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya disebut-sebut akan ke Felcra; Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz (Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan); Tan Sri Noh Omar (Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia) manakala Ahli Parlimen Parit, Datuk Nizar Zakaria dikatakan ke Lembaga Getah Malaysia.

Dalam kiriman WhatsApp yang mula berlegar sejak empat hari lalu, nama Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub turut tersenarai sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan beliau sudah pun dilantik ke jawatan itu semalam.

Sementara itu, Hasbullah ketika dihubungi berkata, setakat ini beliau belum menerima sebarang makluman rasmi berhubung perkara itu.

“Benda tular ini biasalah. Saya belum terima surat atau panggilan telefon, saya dengar ada tular mengenai ini (lantikan pengerusi), tapi belum ada apa-apa,” katanya yang juga Ahli Parlimen Gerik, Perak.

Begitu juga dengan Nizar yang memaklumkan belum menerima makluman rasmi mengenai pelantikan itu.

“Saya mudah saja, kalau ada, saya terima sebagai amanah, kalau tak ada, kita buat kerja macam biasa. Mungkin pelantikan ini berperingkat-peringkat, kita tunggu sajalah,” katanya. – myMetro Online

Tags: pemimpin politikPengerusi GLC
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Permaisuri Agong Kurnia Sumbangan Katil Lipat Buat ‘Frontliners’

Next Post

Rakyat Malaysia Di Australia Tak Perlu Terburu-Buru Pulang

Related Posts

Rafizi Bakal Dedah Pemimpin Politik Terlibat Skandal LCS

Rafizi Bakal Dedah Pemimpin Politik Terlibat Skandal LCS

01/11/2022
0

PETALING JAYA - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli akan mendedahkan nama pemimpin UMNO dan Parti Pribumi Bersatu...

Isu LCS: Pemimpin Politik Tuduh BN Perlu Mohon Maaf

Isu LCS: Pemimpin Politik Tuduh BN Perlu Mohon Maaf

17/08/2022
0

Pemimpin politik khususnya pembangkang perlu memohon maaf kerana menuduh Umno terbabit dengan penyelewengan projek kapal tempur pesisir (LCS). Ikuti Mynewshub: Telegram...

Next Post

Rakyat Malaysia Di Australia Tak Perlu Terburu-Buru Pulang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd