• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembayaran BPN Fasa Pertama Mulai 6 April

oleh
05/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan mengumumkan pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat akan disalurkan kepada mereka yang layak bermula Isnin ini.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, jumlah keseluruhan BPN sebanyak RM9.24 bilion itu akan dibayar dalam dua fasa.

Menurutnya, bagi fasa pertama BPN pakej Prihatin1 yang melibatkan penerima isi rumah dan individu bujang sudah diluluskan dan bakal memberi manfaat kepada 8.3 juta penerima.

“Pembayaran fasa pertama yang berjumlah RM5.63 bilion ini akan dibuat secara berperingkat mulai 6 April ini.

“Dalam pengumuman awal, pembayaran BPN dijadualkan akan dibayar pada penghujung April 2020, namun ia dapat dilaksanakan dengan lebih awal hasil kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) dalam membolehkan bayaran BPN ini dipercepatkan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Dalam pada itu, Zafrul turut mengingatkan penerima agar berhati-hati dengan scammers yang semakin berani mengambil peluang menipu orang awam yang memerlukan bantuan ini.

Katanya, penerima disarankan merujuk kepada sumber-sumber rasmi dan tidak memberikan maklumat kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali.

“Bagi memastikan BPN sampai kepada mereka yang benar-benar layak, proses semakan atas permohonan baharu dan rayuan akan dibuat. Bayaran akan dibuat pada bulan Mei 2020 bagi permohonan yang telah diluluskan.

“Bagi penerima BPN yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran akan dibuat secara tunai selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan. Penerima BPN di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tempoh yang sama seperti di Semenanjung Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Zafrul berkata, bagi penerima di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai akaun bank, BPN akan dibayar sekaligus dengan bayaran BSH 2020 fasa ketiga. – Sinar Harian

Tags: bantuan prihatin nasionalkementerian kewangan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

450 Positif Covid-19 Di 3 Kawasan PKPD

Next Post

Dana Khas Prihatin Bantu Nelayan Terjejas

Related Posts

Kementerian Kewangan Sedang Perinci Penggunaan MyKad, E-dompet Bagi Pembelian RON95

Kementerian Kewangan Sedang Perinci Penggunaan MyKad, E-dompet Bagi Pembelian RON95

12/11/2024
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Kewangan (MOF) sedang meneliti mekanisme penggunaan MyKad dan e-dompet dalam melaksanakan penyasaran subsidi minyak RON95. IKUTI...

Kementerian Kewangan Tentukan Mekanisme Pelarasan Harga Diesel

Kementerian Kewangan Tentukan Mekanisme Pelarasan Harga Diesel

30/05/2024
0

PUTRAJAYA : Mekanisme pelarasan harga diesel selepas pelaksanaan subsidi bersasar dilaksanakan kelak, akan ditentukan oleh Kementerian Kewangan. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

Next Post

Dana Khas Prihatin Bantu Nelayan Terjejas

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd