• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelarian Perlu Ke Negara Lain – Mahathir

oleh
29/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MALAYSIA sudah terlalu banyak memberikan suaka kepada pelarian, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir berkata, pelarian berkenaan sepatutnya pergi ke negara lain dan negara itu pula perlu membuka pintu untuk mereka.

Mengenai bahang polemik segelintir masyarakat negara ini yang mula meluahkan kemarahan kepada pelarian Rohingya, Dr Mahathir berkata, negara Islam perlu berusaha menghentikan kezaliman Myanmar terhadap etnik itu.

“Saya sedar kenapa orang Melayu sekarang begitu benci kepada orang Rohingya. Dahulu mereka benci kepada pelarian dari Vietnam.

“Pada mulanya orang Melayu bersimpati dengan orang Rohingya. Kemudian, mereka pun pilih untuk datang ke Malaysia kerana simpati daripada kita.

“Tetapi apabila jumlah menjadi begitu ramai dan ada perbuatan pelarian ini yang menyentuh perasaan orang Melayu, maka simpati bertukar jadi benci. Sesungguhnya kita beri terlalu banyak suaka kepada pelarian. Mereka sepatutnya pergi ke negara lain,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian menerusi hantaran terbaru dalam blognya http://chedet.cc, hari ini.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

Bagaimanapun, beliau berpandangan menghalau bot membawa 400 pelarian Rohingya sehingga mereka berada di laut sampai dua bulan adalah tindakan tidak berperikemanusiaan.

“Apa yang patut dilakukan ialah membekal mereka dengan makanan dan minyak supaya mereka dapat ke negara lain atau balik ke Myanmar.

“Kita sepatutnya kecam Myanmar dan Aung San Suu Kyi kerana kezaliman mereka dan bertindak menolak dagangan dengan mereka,” katanya.

Dr Mahathir berkata, Malaysia perlu mendedahkan kezaliman Myanmar kepada dunia selain meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan terhadap negara berkenaan.

“Janganlah kita benci kepada orang Rohingya yang menjadi mangsa kezaliman. Negara-negara Islam dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu bertindak untuk menghentikan kezaliman oleh Myanmar (kepada etnik Rohingya),” katanya.

Pada 17 April lalu media melaporkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mematahkan cubaan 200 etnik Rohingya menyeludup masuk ke negara ini melalui perairan Langkawi.

Kumpulan itu dikesan menaiki bot di kedudukan 70 batu nautika, iaitu 129.6 kilometer (km) dari barat Pulau Langkawi, pada jam 10.26 pagi sebelum diiring keluar dari perairan negara oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Kejadian itu turut mengundang sentimen negatif masyarakat apabila ada segelintir pihak di media sosial membakar kebencian umum dengan mengaitkan insiden itu dengan tuntutan hak kerakyatan. – myMetro Online

Tags: Mahathir MohamadPelariansuaka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

‘Bincang Dengan PBB Sebelum Keluarkan Kad Pelarian Sendiri’

01/05/2022
0

Kerajaan harus mengusahakan perbincangan bagi menyelesaikan pertikaian dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) sebelum mengeluarkan kad pelarian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd