• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakej PRIHATIN Tambahan Tepat, Menyeluruh

oleh
07/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Pakej PRIHATIN Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tambahan berjumlah RM10 bilion yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, semalam adalah bertepatan, menyeluruh dan menepati sasaran.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata pakej berkenaan adalah langkah radikal yang mampu merangsang industi PKS di negara ini selain merevitalisasi ekonomi negara pada masa kini.

Beliau berkata, langkah kerajaan untuk menawarkan bantuan tambahan selepas pelbagai maklum balas diberikan, sememangnya menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap denyutan nadi rakyat, peniaga dan pengusaha industri kecil dan sederhana.

“Melalui pelbagai inisiatif yang dibentangkan, ternyata kerajaan amat mengiktiraf PKS sebagai tunjang utama ekonomi negara.

“Ini jelas berdasarkan Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan PKS tempatan mencatatkan sumbangan yang besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) apabila merekodkan sumbangan sebanyak 38.3 peratus atau RM521.7 bilion pada 2018,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Bagaimanapun, Mohamad yang juga Mantan Menteri Besar Negeri Sembilan, mengingatkan supayar tiada sebarang limitasi untuk memenuhi segala permintaan bantuan PKS terbabit.

Beliau berkata, walaupun kerajaan telah mengambil kira pandangan dan kebimbangan yang disuarakan oleh pemegang taruh PKS berkaitan dengan kemelut yang dihadapi, namun kerajaan perlu bertindak dengan wajar berasaskan kemampuan kewangan negara.

“Bagaimanapun, sesuai dengan kemampuan kewangan sedia ada, kerajaan dilihat telah menunjukkan komitmen yang teguh untuk memastikan tiada segmen masyarakat yang tercicir daripada mendapatkan bantuan,” katanya.

Katanya lagi, apa yang diharapkan ialah bantuan tambahan berkenaan dapat meringankan beban majikan PKS selain menjamin kepentingan lebih dua pertiga daripada jumlah pekerjaan di negara ini. – BH Online

Tags: Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin RakyatPerusahaan Kecil dan Sederhana
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiada Kematian Baru Akibat COVID-19 Di China

Next Post

PKP: Polis Tutup 8 Jalan Di Kajang

Related Posts

95 Peratus Inisiatif PRIHATIN Sudah Dilaksana

05/05/2020
0

PUTRAJAYA - Sebanyak 95 peratus daripada 10 langkah utama Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM260 bilion sudah dilaksanakan...

7.6 Juta Rakyat Sudah Terima Agihan BPN RM5.2 Bilion

21/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Lebih RM5.2 bilion bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sudah dibuat kepada 7.6 juta penerima dalam fasa pertama...

Next Post

PKP: Polis Tutup 8 Jalan Di Kajang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd