• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 3.26 Juta Permohonan Baharu, Rayuan BPN

oleh
28/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lebih 3.26 juta permohonan baharu dan juga rayuan diterima untuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sehingga 26 April 2020, demikian kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 2.96 juta adalah permohonan baharu dan 305,000 adalah rayuan, sementara proses itu, akan tutup pada Khamis, 30 April ini.

“Pengumuman pembayaran pula akan dibuat pada minggu depan selepas proses semakan selesai,” katanya menerusi perkongsian laporan ketiga pencapaian pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang disiarkan secara langsung di akaun Facebook rasminya hari ini.

Tengku Zafrul berkata, bagi pembayaran fasa pertama BPN, sebanyak 7.74 juta penerima telah menerima bayaran BPN berjumlah RM5.47 bilion.

Beliau berkata, proses bayaran tunai bagi mereka yang tiada akaun bank telah bermula sejak 17 April 2020 dan berjalan lancar dengan lebih 157,000 menerima bayaran secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional seluruh negara.

“Dengan sukacitanya, saya ingin berkongsi bahawa pembayaran fasa kedua untuk kesemua penerima BPN golongan B40 dan M40, sama ada isi rumah atau individu bujang, akan dibuat mulai 4 Mei 2020,” katanya.

Tengul Zafrul juga maklumkan bahawa Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 untuk 2.5 juta penjawat awam dan pesara, termasuk veteran angkatan tentera tidak berpencen telah dibuat pada 23 April 2020.

Beliau berkata, bagi golongan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) pula, mulai 27 April 2020, bantuan RM200 secara sekali saja sudah dihulurkan, yang mana bantuan itu akan memanfaatkan seramai 1.5 juta pelajar IPT di seluruh negara.

“Untuk kategori perniagaan pula, mulai Jumaat 1 Mei ini, permohonan untuk jaminan pinjaman Danajamin akan mula dibuka,” katanya.

Tags: bantuan prihatin nasionalprihatin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Cadang Skim i-Survive RM5,000, i-Citra RM10,000

15/09/2021
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan dicadang memperkenalkan skim i-Survive membabitkan pemberian pinjaman automatik sehingga RM5,000 kepada orang ramai. Bekas Perdana Menteri,...

BPN Bantuan Tunai Terbesar Dalam Sejarah Negara

29/07/2021
0

KUALA LUMPUR - Bantuan Prihatin Nasional atau BPN berjumlah RM18 bilion yang memanfaatkan 11 juta penerima adalah bantuan tunai terbesar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd