• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kulit Doktor Bertukar Gelap Setelah Sembuh Covid-19

oleh
22/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WUHAN – Dua doktor yang kritikal selepas dijangkiti wabak koronavirus (Covid-19) dilaporkan pulih, namun kulit wajah mereka berubah gelap selepas menerima rawatan tersebut.

Menurut laporan Metro.Co.UK, Dr Yi Fan dan Dr Hu Weifeng, kedua-duanya berusia 42 tahun dijangkiti Covid-19 ketika merawat pesakit di Hospital Pusat Wuhan pada Januari lalu dan kedua-duanya terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan (ECMO) sepanjang dirawat.

ECMO adalah alat sokongan yang menggantikan fungsi jantung dan paru-paru dengan mengepam oksigen ke dalam darah dari luar badan pesakit.

Dr Li Shusheng iaitu doktor yang merawat mereka berkata, kulit kedua-duanya berubah menjadi gelap kerana ubat yang diberikan kepada mereka ketika fasa awal rawatan.

“Salah satu kesan sampingan ubat berkenaan adalah ia akan menggelapkan warna kulit.

“Warna kulit mereka akan kembali normal selepas hati mereka berfungsi dengan baik kelak,” katanya.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Sementara itu, Dr Yi yang bercakap menerusi kamera litar tertutup (CCTV) memaklumkan dia sudah pulih daripada jangkitan.

Dia turut menjelaskan sudah mampu bergerak di tempat tidur seperti biasa tetapi masih berjuang untuk berjalan sendiri.

”Ketika saya mula sedar, terutamanya setelah saya mengetahui keadaan saya, saya berasa takut. Saya sering mengalami mimpi buruk,” katanya.

Dr Hu pula menjalani terapi ECMO dari 7 Februari hingga 22 Mac tetapi tidak dapat bercakap sehingga 11 April dan masih dalam rawatan intensif.

“Kedua-dua doktor tersebut diberikan sokongan kesihatan mental akibat pengalaman traumatik mereka,” kata Dr Li. – Agensi

Tags: ChinaCovid-19doktorkoronaviruswuhan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

06/11/2025
0

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kak CHINA, 6 November 2025 _ Satu insiden berlaku di Stesen Kereta Api Utara...

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

27/10/2025
0

BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan kesediaan memberikan bantuan kemanusiaan kepada Amerika Syarikat (AS), susulan insiden dua pesawat Tentera Laut AS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd