• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 4, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tak Pilih Kasih Soal Penempatan Pusat Kuarantin

oleh
07/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak pilih kasih dalam soal penempatan pusat kuarantin untuk rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara seperti yang tular dalam media sosial semalam, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, kerajaan hanya menanggung kos penempatan termasuk makan dan minum setiap individu terhad kepada RM150 sehari manakala mereka yang memilih untuk dikuarantin di hotel yang melebihi kadar itu perlu menanggung kos selebihnya.

Menteri Pertahanan itu berkata, bagaimanapun mereka hanya diberi pilihan untuk ditempatkan di 45 hotel yang telah ditetapkan kerajaan bagi memudahkan pemantauan.

“Yang kerajaan (pilih) adalah hotel bertaraf tiga atau empat bintang, terserah kepada pengusaha hotel kalau nak beri diskaun.

“Tetapi yang lain dipilih oleh individu yang berminat untuk membayar sendiri, sebab itulah ada hotel-hotel yang kita tentukan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini hari ini.

Ismail Sabri menjelaskan, pada peringkat awal, hotel dipilih sebagai pusat kuarantin berikutan terdapat permohonan daripada kedutaan asing untuk menempatkan perwakilan mereka yang tiba di negara ini.

“Ini kerana tiada pengecualian kepada mereka yang pulang dari luar negara untuk dikuarantin, termasuk diplomat asing. Kalau mereka balik ke negara kita, mereka juga mesti dikuarantin.

“Jadi mereka minta supaya mereka tinggal di hotel yang akan dibayar oleh kedutaan masing-masing,” katanya.

Menurut Ismail Sabri, terdapat juga rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara memilih dikuarantin di hotel dan sanggup membayar kos mereka sendiri.

Walaupun mereka ditempatkan di hotel, prosedur operasi standard (SOP) adalah sama seperti di pusat kuarantin lain termasuk tidak dibenarkan sama sekali keluar dari bilik atau menerima pelawat.

“Jadi kalau mereka memilih hotel sesuka hati tidak mengikut hotel yang disenaraikan, tentu sahaja kami akan menghadapi kesukaran untuk membuat pemantauan. Bayangkan hotel di Petaling Jaya ada lima orang, di Putrajaya ada lima orang, susah untuk kerajaan memantau,” katanya.

Mengenai rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara, Ismail Sabri berkata, kerajaan sememangnya memberi perhatian kepada mereka dan Kementerian Luar (Wisma Putra) akan berbincang sama ada mereka akan dibawa balik atau sebaliknya.

“Bagaimanapun, katanya, ada antara rakyat kita di luar negara yang jumlahnya tidak besar. Contohnya, semalam saya dapat mesej daripada mereka yang berada di Chad iaitu negara Afrika ada tujuh orang.

“Yang itu sedang dilihat dengan teliti oleh Kementerian Luar. Ada juga di Bahamas tiga orang… tak kan kita nak hantar satu pesawat untuk bawa pulang,” katanya.

Ismail Sabri berkata, Wisma Putra bagaimanapun akan mencari kaedah terbaik bagi menyelesaikan masalah itu.

Tags: Covid-19hotelpusat kuarantin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Indeks Jenayah Malaysia Turun 70% Sepanjang PKP

Next Post

Petugas Kesihatan Diberi Surat Penghargaan Terima Kasih

Related Posts

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

08/01/2025
0

PASIR MAS: Hampir 1,000 anak yatim dan yatim piatu yang kematian ibu atau bapa atau kedua-duanya disebabkan pandemik COVID-19, selain...

Next Post

Petugas Kesihatan Diberi Surat Penghargaan Terima Kasih

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd