• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelantan Negeri Kedua Bebas Covid-19

oleh
29/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Selepas Perlis, Kelantan menjadi negeri kedua diisytihar sebagai zon hijau apabila kesemua 10 daerahnya merekodkan sifar kes koronavirus (Covid-19).

Menurut data dikeluarkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan, satu kes positif di Tanah Merah sebelum ini telah pun pulih sepenuhnya.

Sejak gelombang kedua pandemik itu, Kelantan mencatatkan 155 kes positif Covid-19 dengan hanya Machang mengekalkan sifar jangkitan sehingga kini berbanding daerah lain.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

Selain itu, data tersebut menunjukkan Perak turut menghampiri zon hijau apabila hanya dua daripada 11 daerah negeri itu masing-masing masih mempunyai satu kes.

Kedah masih mempunyai empat kes di tiga daerahnya iaitu Kota Setar (dua), Kuala Muda (satu) dan Kubang Pasu (satu).

Di Terengganu pula, hanya dua daerah diletakkan di bawah zon hijau iaitu Hulu Terengganu dan Marang manakala daerah lain berada di bawah zon kuning.

Berdasarkan data itu, 12 daerah masih diisytihar sebagai zon merah antaranya Kluang (84 kes), Seremban (74), Hulu Langat (72), Johor Bahru dan Melaka Tengah (48), Petaling (46) dan Kuantan (42).

Zon hijau di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 85 daerah manakala zon kuning 61 daerah.

Setakat jam 12 tengah hari semalam, terdapat 5,851 kes positif Covid-19 yang mana hanya 1,719 masih dirawat di hospital.

Lebih 4,000 pesakit telah sembuh manakala angka korban akibat Covid-19 sebanyak 100 kes.

Tags: Covid-19Kelantankoronaviruszon hijau
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

01/12/2025
0

TANAH MERAH – Isteri maut ditikam dua kali di bahagian belakang badannya oleh suami menggunakan sebilah pisau di dapur rumah...

Amaran Hujan Tahap Buruk Di 5 Daerah Di Kelantan Mulai Hari Ini – MetMalaysia

Amaran Hujan Tahap Buruk Di 5 Daerah Di Kelantan Mulai Hari Ini – MetMalaysia

22/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk membabitkan lima daerah di Kelantan bermula hari ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd