• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah FA Jangan Tuding Jari, Tipu Penyokong – TMJ

oleh
15/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan bahawa pemain Kedah sendiri yang bercerita mengenai masalah tunggakan gaji mereka bersama Helang Merah.

Tunku Ismail menerusi kenyataan di laman Instagram miliknya, hari ini turut meminta persatuan tidak menuding jari kepada pihak lain dalam menangani isu itu selain berhenti menipu penyokong.

“Yang mengadu pemain Kedah FA juga. Saya bersuara untuk semua pemain di dalam negara yang sudah lama menjadi mangsa janji kosong orang politik yang menguruskan bola sepak demi kepentingan peribadi.

“Gaji lambat bukan sebelum COVID-19. Duit bonus Piala FA lambat. Gaji dua bulan lambat, hanya dibayar sebelum perlawanan Piala Sumbangsih.

“Pemain Kedah FA sendiri yang bercerita. Striker (penyerang) import Kedah FA pun mengadu kepada pemain saya,” tulis Tunku Ismail yang turut memuat naik gambar Setiausaha Kehormat KFA, Asmirul Anuar Aris bersama kenyataan itu.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Kelmarin, TMJ menyuarakan pendapat bahawa semua pasukan yang berdepan masalah tunggakan gaji perlu menyelesaikan hutang terbabit terlebih dahulu sebelum mahu melakukan pemotongan gaji pemain akibat COVID-19.

Selain itu, TMJ menjelaskan bahawa beliau tiada niat untuk campur tangan dalam urusan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) terutama membabitkan masalah tunggakan gaji pemain.

Sebaliknya, pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berkata beliau bersuara sebagai Penaung Diraja Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM).

“Saya bersuara demi pemain yang berhempas pulas setiap tahun untuk bola sepak negara dan penyokong bola sepak tempatan.

“Sebelum ini saya diam. Tapi awak kaitkan JDT dalam kenyataan tadi. Jadi saya terpaksa pertahan kelab saya yang langsung tiada campur tangan dalam hal ini,” kata TMJ yang dipercayai sebagai jawapan balas terhadap kenyataan Asmirul. – BH Online

Tags: helang merahKedah FApemain bola sepaktunggakan gajiTunku Ismail Sultan Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemain Bola Sepak Tular Tunjuk Kerambit Dipenjara 14 Hari

Pemain Bola Sepak Tular Tunjuk Kerambit Dipenjara 14 Hari

16/08/2024
0

Seorang pemain bola sepak amatur yang gambarnya membawa kerambit tular di media sosial, dipenjara 14 hari oleh Mahkamah Sesyen di...

Pemain Bola Sepak Bawa Kerambit Suspek Kes Baling Bom Petrol

Pemain Bola Sepak Bawa Kerambit Suspek Kes Baling Bom Petrol

15/08/2024
0

PUTRAJAYA - Pemain bola sepak amatur yang ditahan kerana membawa kerambit adalah suspek kes membaling bom petrol di sebuah pusat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd