• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Individu Tercicir Nama, Boleh Buat Permohonan Baharu BPN

oleh
06/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Orang ramai yang layak untuk menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN), tetapi nama tiada dalam rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) boleh membuat permohonan baharu.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mereka yang berkenaan boleh berbuat demikian dengan mengisi borang secara dalam talian di laman sesawang LHDN www.hasil.gov.my.

“Isi maklumat yang diminta dengan jujur, tekan butang hantar dan tunggu bayaran dimasukkan dalam akaun anda.

“Bagi warga emas yang mungkin tak berapa cekap menggunakan ‘handphone’, mintalah bantuan anak atau cucu untuk isi maklumat yang diperlukan,” katanya dalam Perutusan Khas Pakej Prihatin PKS (Tambahan) yang disiarkan secara langsung di media elektronik hari ini.

Seramai 8.3 juta penerima isi rumah dan individu bujang menerima bantuan bagi fasa pertama BPN melibatkan pembayaran berjumlah RM5.63 bilion bermula hari ini.

Pada 27 Mac lalu, Perdana Menteri mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) berjumlah RM250 bilion bagi manfaat rakyat semasa menghadapi cabaran wabak Covid-19.

Menerusi pakej berkenaan hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Sebanyak RM2 bilion pula untuk memperkukuh ekonomi negara dan RM20 bilion seperti telah diumumkan dalam pakej rangsangan sebelum ini.

Tags: bantuan prihatin nasionalLHDN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Waris Si Mati Wajib Bayar Cukai Tertunggak LHDN

Waris Si Mati Wajib Bayar Cukai Tertunggak LHDN

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Persoalan hukum sama ada waris individu yang sudah meninggal perlu membayar tunggakan cukai pendapatan ditinggalkan si mati terjawab...

LHDN Terima 820.5 Juta E-Invois Sejak Dilaksana Ogos 2024

LHDN Terima 820.5 Juta E-Invois Sejak Dilaksana Ogos 2024

22/12/2025
0

CYBERJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima 820.5 juta e-Invois sejak ia mula dilaksanakan pada 1 Ogos 2024. Ketua Pegawai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd