• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gelandangan Ditawar Latihan Dan Kerja

oleh
10/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GELANDANGAN di sekitar ibu negara akan diberi latihan dan kursus suai kenal pendek bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan bermula 1 Mei depan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, perkara itu diputuskan pada satu mesyuarat pagi ini sebagai inisiatif mengurangkan gelandangan di ibu negara yang kini berjumlah 800 orang.

Katanya, ia juga dipersetujui beberapa syarikat yang ingin bekerjasama dengan kementeriannya bagi merealisasikan hasrat berkenaan.

“Kita akan menyediakan peluang pekerjaan iaitu antara 500 ke 700 termasuk bekerja sebagai operator pengeluaran di kilang tertentu di Lembah Klang.

“Mereka juga menjadi sebahagian daripada tenaga kerja bergaji harian yang akan dikendalikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” katanya pada sidang media menerusi laman Facebook hari ini.

Menurutnya, bagi pusingan pertama, semua yang terpilih akan tinggal di asrama dikendalikan DBKL dan syarikat yang akan mengambil mereka bekerja.

Menurutnya, satu tapisan akan dibuat dalam masa dua minggu untuk memberikan mereka pilihan sama ada ingin bekerja di kilang pembuatan sebagai operator pengeluaran dengan gaji permulaan RM1,400 seorang berserta elaun.

“Atau mereka boleh juga bekerja secara harian di bawah pengendalian DBKL, sebagai pekerja am yang membolehkan mereka mendapat pendapatan tidak kurang RM1,200 sebulan.

“Apa yang kita akan lakukan ialah mereka ini akan menjalani latihan untuk membolehkan kita membuat saringan apakah mereka sesuai untuk bekerja sebagai operator pengeluaran atau pekerja am DBKL,” katanya.

Annuar berkata, jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak dilanjutkan, gelandangan terbabit akan dipindahkan di asrama dan memulakan kehidupan baru.

Beliau turut menyentuh mengenai kawasan yang melepasi angka 40 orang positif Covid-19, iaitu klasifikasi Zon Merah di Wilayah Persekutuan bertambah kepada enam kawasan mengikut persempadanan parlimen.

“Kawasan itu adalah parlimen Seputeh, Segambut, Bukit Bintang, Putrajaya, Titiwangsa dan Bandar Tun Razak.

“Ini bermakna separuh daripada kawasan parlimen di Wilayah Persekutan termasuk Putrajaya diklasifikasikan sebagai Zon Merah dan ia sesuatu yang mencabar untuk memastikan usaha yang ada terus dilakukan,” katanya. – myMetro Online

Tags: DBKLgelandangankilangpekerjaan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

DBKL Sita Peralatan ‘Mobilegrapher’ Di Pintasan Saloma, KLCC

DBKL Sita Peralatan ‘Mobilegrapher’ Di Pintasan Saloma, KLCC

22/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita 23 peralatan jurugambar haram 'mobilegrapher' serta ambil tindakan terhadap penjaja air tanpa...

Pegawai Kanan Dalam ‘Top 5’ DBKL, 2 Kontraktor Ditahan Kes Rasuah Projek IT

Pegawai Kanan Dalam ‘Top 5’ DBKL, 2 Kontraktor Ditahan Kes Rasuah Projek IT

25/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pengurusan tertinggi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang tadi. BH difahamkan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd