• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Duta Malaysia Antara 55 Individu Selesai Proses Kuarantin

oleh
06/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Proses kuarantin 55 individu terdiri daripada warga Malaysia dan tanggungan serta bukan warganegara yang tiba di tanah air dari Tehran, Iran, pada 22 Mac lalu, tamat selepas mereka dibenarkan pulang hari ini.

Mereka membabitkan 46 rakyat Malaysia serta lapan rakyat Singapura dan seorang rakyat Indonesia, yang dikuarantin selama 14 hari di Pusat Pemantauan di Akademi Audit Negara, Bandar Enstek di sini, dibenarkan berbuat demikian seawal pukul 7.30 pagi ini.

Daripada jumlah itu, 29 daripada mereka adalah lelaki dan baki 26 perempuan. Yang turut dibenarkan pulang ialah Duta Besar Malaysia ke Iran, Datuk Rustam Yahaya.

Menurut wakil Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), 42 individu pulang dengan diambil oleh ahli keluarga yang dibekalkan dengan surat kebenaran, manakala lima yang lain dihantar ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, untuk menaiki pesawat pulang ke Kelantan dan Kedah.

Terdahulu, lapan warga Singapura adalah kumpulan awal dibenarkan pulang dengan menaiki bas yang diuruskan Kedutaan Singapura di Malaysia, manakala seorang rakyat Indonesia pulang dengan diambil oleh keluarga suaminya yang juga warga tempatan.

Sebelum ini, pesawat khas dalam Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) yang digerakkan Kerajaan Malaysia membawa pulang mereka dari Iran, antara negara paling teruk dilanda wabak COVID-19 dan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 22 Mac.

Misi berkenaan adalah yang ketiga selepas kejayaan membawa pulang rakyat Malaysia terkandas di Wuhan, China pada 4 dan 26 Februari lalu akibat wabak itu, masing-masing berjumlah 133 dan 66 orang.

Tags: Covid-19duta malaysiaIrankuarantin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

4 Anggota Tentera Israel Maut Dalam Pertempuran Sengit Di Selatan Lubnan

4 Anggota Tentera Israel Maut Dalam Pertempuran Sengit Di Selatan Lubnan

01/04/2026
0

BEIRUT – Empat anggota tentera Israel dilaporkan terbunuh dalam pertempuran sengit dengan pejuang Hezbollah di selatan Lubnan, dalam insiden yang...

Israel Lulus Undang-Undang Hukuman Mati Ke Atas Rakyat Palestin

Israel Lulus Undang-Undang Hukuman Mati Ke Atas Rakyat Palestin

31/03/2026
0

TEL AVIV – Parlimen Israel meluluskan satu rang undang-undang kontroversi yang membuka laluan kepada hukuman mati terhadap individu disabitkan kesalahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd