• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Covid-19: Itali Guna Cara Unik Promosi Budaya

oleh
01/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar dan Kerjasama Antarabangsa Itali melancarkan kempen #WeAreItaly #staytunedonIT untuk mempromosi budaya unik dan kreatif Itali ke seluruh dunia, di tengah-tengah penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Menurut kenyataan Kedutaan Itali di Kuala Lumpur, artis terkemuka Itali seperti Andrea Bocelli, Paolo Conte, Ramin Bahrami, Uto Ughi, Tiziano Ferro, Nicola Piovani, Paolo Fresu, Andrea Griminelli, Rita Marcotulli dan Fabrizio Bosso mendukung inisiatif itu dan melancarkan mesej video bagi mempelawa dunia supaya terus berhubung dengan budaya Itali.

Kempen itu turut mempromosi beberapa inisiatif kebudayaan sebenar yang ditawarkan banyak institusi Itali kepada khalayak dunia dan masyarakat tempatan.

Inisiatif menyaksikan kementerian memaparkan video dan kandungan baharu menerusi laman web khas dan saluran media sosialnya termasuk saluran YouTube serta rangkaian kedutaan, konsulat dan Institut Kebudayaan Itali.

Menurut kementerian itu, inisiatif ini dilaksanakan bagi memaparkan Itali sebagai negara yang sentiasa mampu menghasil dan menggalakkan kebudayaan serta hiburan yang berkualiti tinggi.

Turut diketengahkan ‘rangkaian budaya’ itu ialah muzium dan taman arkeologi; perpustakaan dan arkib; festival dan teater; panggung wayang dan hiburan secara langsung; penerbitan televisyen dan radio yang kesemuanya boleh diakses menerusi #staytunedonIT.

Tags: Covid-19Italikoronavirus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Trem Terbabas Rempuh Bangunan Di Milan, Dua Maut Dan Puluhan Cedera

Trem Terbabas Rempuh Bangunan Di Milan, Dua Maut Dan Puluhan Cedera

28/02/2026
0

MILAN — Suasana pagi di bandar Milan bertukar kecoh apabila sebuah trem terbabas sebelum merempuh bangunan di kawasan bandar pada...

Italy Hantar Kapal Perang Ke Laut Mediterranean Selepas Serangan Dron Ke Atas Konvoi GSF

Italy Hantar Kapal Perang Ke Laut Mediterranean Selepas Serangan Dron Ke Atas Konvoi GSF

25/09/2025
0

Italy Hantar Kapal Perang Ke Laut Mediterranean Selepas Serangan Dron Ke Atas Konvoi GSF

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd