• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Afrika Digugur Lokasi Ujian Vaksin Covid-19 – WHO

oleh
07/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GENEVA – Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus semalam berkata, Afrika tidak akan menjadi lokasi tapak ujian vaksin koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Xinhua.

“Afrika tidak boleh dan tidak akan menjadi tempat ujian terhadap sebarang vaksin. Kami akan mengikuti semua peraturan untuk menguji sebarang pelalian atau terapeutik di seluruh dunia menggunakan peraturan yang betul-betul sama, baik di Eropah, Afrika atau mana jua,” katanya pada taklimat secara maya di Geneva.

Terkejut dengan kenyataan sesetengah ahli sains minggu lalu yang menyatakan tapak ujian untuk vaksin baharu termasuk Afrika, Tedros berkata, ‘mentaliti daripada penjajahan perlu dihentikan’.

“Dua doktor Perancis dituduh mengamalkan sentimen perkauman selepas satu debat televisyen selepas seorang daripadanya mencadangkan ujian di Afrika untuk melihat sama ada vaksin batuk kering boleh membuktikan keberkesanan terhadap Covid-19,” menurut laporan media.

Sambil mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan berbaur perkauman, ketua WHO itu mengulangi bahawa ‘perkara ini tidak akan berlaku di Afrika dan tidak akan berlaku mana-mana negara’.

“Protokol yang sempurna akan diikuti sepenuhnya dan manusia akan dilayan seperti manusia secara saksama,” katanya.

Tedros mendedahkan WHO berharap akan mengumumkan inisiatif bagi mempercepatkan penyelidikan, pembangunan dan pengeluaran vaksin Covid-19 serta mekanisme pengedaran secara berkesan pelalian berkenaan pada minggu depan.

Menurut ketua WHO itu, lebih 70 negara menyertai Ujian Perpaduan WHO untuk mempercepatkan usaha mencari rawatan yang berkesan.

Sementara itu, kira-kira 20 institusi dan syarikat berlumba untuk membangunkan vaksin.

Tags: AfrikaCovid-19koronavirusVaksinwho
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Petugas Kesihatan Diberi Surat Penghargaan Terima Kasih

Next Post

Teruslah Berada Di Rumah, Bantu Kekang Covid-19

Related Posts

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

08/01/2025
0

PASIR MAS: Hampir 1,000 anak yatim dan yatim piatu yang kematian ibu atau bapa atau kedua-duanya disebabkan pandemik COVID-19, selain...

Next Post

Teruslah Berada Di Rumah, Bantu Kekang Covid-19

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd