KUALA LUMPUR – Lebih RM5.2 bilion bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sudah dibuat kepada 7.6 juta penerima dalam fasa pertama agihan bantuan itu.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, berkata RM480 juta sudah dikreditkan ke dalam 1.2 juta akaun penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) membabitkan golongan M40 sehingga 19 April lalu.
“Penerima fasa kedua dijangka akan bermula pada bulan Mei ini,” katanya melalui perkongsian laporan kedua pencapaian pelaksanaan pakej Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) hari ini.
MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK
Pada masa sama, Tengku Zafrul berkata, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) juga menerima lebih tiga juta permohonan baharu dan rayuan yang kini sedang dalam proses semakan, sebelum bayaran boleh dibuat pada Mei ini.
Beliau berkata, sejak 17 April lalu, kemudahan pembayaran tunai sudah dibuka oleh cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada 400,000 rakyat berpendapatan B40 yang tidak mempunyai akaun bank berdaftar dengan LHDN dengan kemudahan itu dibuka sehingga 31 Disember ini.
Katanya, kerajaan juta bersetuju untuk memberikan bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada 180,000 veteran angkatan tentera yang bukan berpencen selaras dengan semangat pakej PRIHATIN.
Sebelum ini, bantuan khas kewangan itu diberikan kepada 1.4 juta penjawat awam dan 900,000 pesara melalui pakej PRIHATIN.
“Insentif kepada 90,000 pemandu e-hailing sebanyak RM500 seorang juga sudah bermula semalam,” katanya. – BH Online