• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Suruhanjaya Tinggi Dipanggil Bantu Warga Asing Di Masjid India

oleh
07/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pusat Pengurusan Krisis (CMC) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan berbincang dengan Suruhanjaya Tinggi India, Pakistan dan Bangladesh di sini dalam memberi kefahaman mengenai wabak COVID-19 kepada rakyat mereka yang tinggal di kawasan Masjid India, Kuala Lumpur.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata ia susulan keputusan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua lagi bangunan, di kawasan Jalan Masjid India di sini berkuat kuasa hari ini. 

“Ada tiga komuniti warga asing di situ iaitu dari India, Bangladesh dan Pakistan… kami akan berhubung dengan ketiga-tiga suruhanjaya itu dalam waktu terdekat dan memberi taklimat memandangkan ia melibatkan rakyat daripada negara berkenaan.

“Insya-Allah, petang ini kami akan bagi penerangan kepada penduduk di situ, kami minta mereka bawa orang yang boleh bercakap dalam bahasa Urdu, Tamil dan Bengali supaya mesej itu sampai kepada penduduk. Mereka perlu memberikan kerjasama, ini bukan bentuk hukuman tetapi kaedah untuk membantu mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima sumbangan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri untuk diagihkan kepada penghuni Plaza City One yang terjejas akibat wabak COVID-19.

Annuar berkata penduduk di kawasan itu tidak perlu takut atau bimbang dengan sebarang tindakan kerana pihak berkuasa hanya mahu memastikan individu dijangkiti COVID-19 di situ tidak melarikan diri dan menyebabkan penularan di kawasan lain.

Beliau berkata setakat ini, tiada kawasan baharu di Wilayah Persekutuan dikesan mempunyai tanda-tanda penularan COVID-19 kecuali di Sri Petaling, Masjid India dan Pasar Borong Selayang.

Selepas Plaza City One di Jalan Munshi Abdullah, hari ini Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata arahan PKPD dikuatkuasakan di bangunan Selangor Mansion dan Malayan Mansion di Jalan Masjid India, berikutan terdapat 15 kes positif COVID-19 di dua bangunan itu.

Terdahulu, lebih 400 pek bantuan keperluan asas melibatkan nilai keseluruhan RM42,500 diserahkan kepada Annuar untuk diagihkan kepada penghuni menara Plaza City One yang dikenakan arahan PKPD sejak 31 Mac hingga 13 April ini.

Sumbangan itu inisitif bersama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Lembaga Tabung Haji  dengan kerjasama logistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Tags: Covid-19jalan masjid indiaPerintah Kawalan Pergerakan Diperketatkanwarga asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

14/10/2025
0

Muar: Wanita dicekup pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki bersekedudukan dengan lelaki warga...

Op Noda: 87 Premis Digempur Seluruh Negara, 215 GRO Warga Asing Ditahan

Op Noda: 87 Premis Digempur Seluruh Negara, 215 GRO Warga Asing Ditahan

25/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggempur 87 premis hiburan seluruh negara melalui Op Noda yang dijalankan Jumaat dan Sabtu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd