• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 Rakyat Malaysia Antara Kes COVID-19 Baharu Di Singapura

oleh
13/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura melaporkan 233 kes baharu COVID-19, termasuk membabitkan 10 rakyat Malaysia.

Menurut kementerian itu dalam satu kenyataan, semalam, jumlah jangkitan di republik ini mencecah 2,532 kes dengan tujuh kluster baharu dikenal pasti.

Seorang lelaki warga Malaysia berumur 25 tahun dikaitkan dengan sebuah restoran makanan segera, adalah antara kluster baharu terbabit.

Syarikat penyedia makanan segera itu melaporkan, lima daripada petugasnya didiagnosis COVID-19.

Tiga rakyat Malaysia masih diletakkan bawah kes tempatan tidak berkaitan; lima dikaitkan dengan kes 2,215, iaitu seorang penduduk tetap Singapura; dan satu dikaitkan dengan kes 2,424, iaitu seorang warga Bangladesh.

Enam lagi kluster baharu membabitkan premis makanan (satu); pekerja asing di asrama (tiga) dan kawasan pembinaan (dua).

Setakat ini, Singapura mencatatkan sejumlah 560 kes telah sembuh sepenuhnya dan dibenarkan pulang dari hospital atau fasiliti pengasingan komuniti.

Hingga kini, jumlah kematian akibat komplikasi COVID-19 ialah lapan orang.

Setakat tengah hari semalam, MOH mengenal pasti 28,140 kontak rapat yang dikuarantin.

Tags: Covid-19rakyat Malaysiarestoran makanan segeraSingapura
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tangkapan Ingkar PKP Meningkat 20.6%

Next Post

Rakyat Terkandas Perlu Tanggung Kos Bawa Pulang

Related Posts

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

15 Rakyat Malaysia Mangsa Penipuan Pekerjaan Ditempatkan Di Kem Tentera Thailand

15 Rakyat Malaysia Mangsa Penipuan Pekerjaan Ditempatkan Di Kem Tentera Thailand

16/02/2025
0

BANGKOK - Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok akan mengadakan lawatan konsular pada Ahad ke atas 15 rakyat Malaysia yang diselamatkan...

Next Post

Rakyat Terkandas Perlu Tanggung Kos Bawa Pulang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd