• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vaksin Covid-19 Hampir Ditemui

oleh
16/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Ujian klinikal pertama ke atas manusia untuk mencari penawar Covid-19 dilancarkan dalam beberapa hari dan paling lewat Jun depan.

Proses berkenaan dipercepat melalui konsep hack genetic dan berjaya melewati peringkat ujian haiwan serta diuji pada sukarelawan sihat.

Dailymail melaporkan saintis di Britain mengatakan vaksin berkenaan sudah siap dan boleh diuji pada manusia menjelang Jun selepas memperoleh keputusan menggalakkan pada tikus.

Moderna yang berpangkalan di Massachusetts mencipta kaedah baru apabila menghubungkan RNA bagi merangsang sistem kekebalan tubuh untuk menghasilkan protein sama untuk membunuh virus yang dapat mencegahnya.

Covid-19 kini membunuh hampir 5,000 mangsa di seluruh dunia dan setakat ini tiada ubat dapat menyembuhkan atau mencegah.

Prototaip vaksin dibiayai Gabungan Inovasi Kesediaan Epidemik yang juga pengasasnya Dr. Melanie Saville memberitahu Telegraph, ketika ini mencari penawar lebih berkesan untuk Covid-19 dan tidak perlu membuang masa membangunkan vaksin.

“Kami tidak tahu bagaimana pandemik ini berkembang berikutan ia datang dalam pelbagai gelombang berbeza,” katanya.

Penyelidik mengandaikan Mei adalah kemuncak Covid-19 berlaku.

Sementara itu, AFP melaporkan Amerika Syarikat (AS) dan Jerman bersaing mengeluarkan vaksin eksklusif melawan Covid-19 yang dibangunkan di sebuah makmal Jerman, lapor akhbar harian Die Welt.

Menurut laporan itu, Presiden Donald Trump didakwa berusaha ‘memancing’ saintis Jerman yang menghasilkan vaksin percubaan terbabit dan ia dilihat bertujuan mendapatkan lesen eksklusif di AS.

Sumber rapat dengan kerajaan Jerman memberitahu Die Welt vaksin terbabit ‘hanya untuk AS’, walaupun Berlin dilaporkan membuat tawaran sendiri kepada firma bioteknologi, CureVac yang berpangkalan di Thuringia.

Syarikat ditubuhkan pada 2000 itu memiliki tapak lain di Frankfurt dan Boston. Firma berkenaan dipasarkan sebagai pakar dalam ‘membangunkan rawatan terhadap kanser, terapi berasaskan antibodi, rawatan penyakit jarang berlaku serta vaksin profilaktik’.

Ketika ini, makmal terbabit bekerjasama dengan Institut Paul-Ehrlich yang berkait dengan Kementerian Kesihatan Jerman dan berkepakaran dalam penyelidikan vaksin. – Agensi

Tags: Covid-19Vaksin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

AS Turunkan Kadar Faedah Hampir Sifar

Next Post

Viktor Axelsen Juara Seluruh England

Related Posts

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

08/01/2025
0

PASIR MAS: Hampir 1,000 anak yatim dan yatim piatu yang kematian ibu atau bapa atau kedua-duanya disebabkan pandemik COVID-19, selain...

Next Post

Viktor Axelsen Juara Seluruh England

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd