• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Calonkan Saarani Menteri Besar Perak

oleh
10/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – UMNO Perak menamakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan yang juga Pengerusi UMNO negeri, Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar mewakili parti itu.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Saarani kepada pemberita selepas menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta hari ini.

“Saya telah menghantar surat Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kepada Tuanku hari ini yang mencalonkan Pengerusi UMNO negeri yang juga ADUN Kota Tampan sebagai Menteri Besar mewakili UMNO.

“Kesemua ADUN UMNO telah menandatangani akuan bersumpah, mencalonkan hanya seorang calon sebagai Menteri Besar,” katanya.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata, pihaknya menerima apa segala titah perkenan baginda Sultan dalam menentukan jawatan Menteri Besar.

“Kita tunggu titah Tuanku,” katanya.

Kedua-dua pemimpin parti itu tiba di Istana Kinta sekitar jam 11 pagi.

Terdahulu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu telah menghantar surat peletakan jawatan selaku Menteri Besar Perak kepada Sultan Nazrin dan menamakan beliau selaku Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak sebagai Menteri Besar mewakili parti. – Sinar Harian

Tags: Menteri Besar Perakperikatan nasionalSaarani MohamadUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

17/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Jurucakap Pulau Pinang, Datuk Mohd Noor Ahmad mahu UMNO meneliti secara mendalam usaha persempadanan semula kawasan pilihan raya,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd