• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TNB Kuasai Sepenuhnya Syarikat Tenaga Diperbaharui UK

oleh
04/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Bhd (TNB), menerusi anak syarikat milik penuhnya, Tenaga Wind Ventures UK Ltd. (Tenaga Wind), membeli baki 20 peratus kepentingan dalam dua syarikat tenaga boleh diperbaharui (RE) di United Kingdom (UK) bernilai £18.6 juta (RM99.9 juta) secara tunai.

Pembelian GVO Wind Ltd. dan Bluemerang Capital Ltd. adalah seperti Perjanjian Pembelian Saham yang dipersetujui bersama bersama vendor, Georg von Opel dan Tanzanite BV & Catalin Breaban yang dimeterai pada 28 Februari 2018.

TNB dalam satu kenyataan, berkata menerusi pembelian itu, syarikat utiliti negara itu kini memiliki sepenuhnya aset dan kawalan ke atas kedua-dua syarikat dan aset masing-masing melalui Tenaga Wind.

“Syarikat-syarikat ini adalah portfolio Feed-In-Tariff (FiT) angin terbesar di UK, yang merangkumi 53 turbin angin sederhana yang beroperasi di darat dengan kapasiti keseluruhan sebanyak 26.1MW,” katanya.

Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata pembelian terbaharu itu akan menjadi asas perniagaan RE TNB di peringkat antarabangsa dan akan menjadi pencetus kepada strategi pertumbuhan syarikat di pasaran RE di Eropah.

“Pembelian ini sejajar dengan strategi kami untuk mengembangkan perniagaan RE yang memanfaatkan aset, kemampuan dan pengalaman yang sedia ada.

“Strategi ini membabitkan TNB memperluas peranannya dalam landskap dan rantaian nilai RE, termasuk pembangunan, pemilikan, operasi dan pengurusan portfolio aset RE,” katanya.

Amir menegaskan, pembelian terdahulu (80 peratus kepentingan) menyumbang secara positif kepada kewangan dan objektif strategik TNB.

TNB secara aktif menguruskan aset ladang angin berkenaan sejak pembeliannya pada tah2018. Aset-aset tersebut telah menunjukkan prestasi positif dengan menyumbang EBITDA sebanyak RM76 juta (GBP14.4 juta) pada tahun 2019.

Aset berkenaan sudah menunjukkan pertumbuhan margin EBTDA yang memberangsangkan, daripada 62% kepada 74% pada 2019. – BH Online

Tags: tenaga windTNBUnited Kingdom
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harta Tun Daim Di UK Dibekukan – Azam Baki

Harta Tun Daim Di UK Dibekukan – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melaksanakan arahan pembekuan ke atas aset milik Allahyarham Tun Daim Zainuddin di...

UK ‘Bantu’ Keluar Senjata Di Ukraine

UK ‘Bantu’ Keluar Senjata Di Ukraine

02/03/2025
0

ISTANBUL - Ukraine dan United Kingdom (UK) menandatangani perjanjian pinjaman yang akan "ditujukan ke arah pengeluaran senjata di Ukraine," kata...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd