• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Keperluan Adakan Sidang DUN Khas – Hasni

oleh
06/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Tiada keperluan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) khas kerana kerajaan gabungan di bawah Barisan Nasional (BN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas sudah terbukti mempunyai majoriti mencukupi bagi membentuk kerajaan negeri.

Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, perkara itu dilaksanakan berdasarkan undang tubuh kerajaan negeri selain sudah mendapat perkenan daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Saya rasa Speaker DUN sedia tahu mengenai persidangan dewan khas, jika hendak buat sidang dewan khas untuk nyatakan sokongan majoriti gabungan baharu perkara ini sudah diputuskan oleh undang-undang tubuh negeri Johor.

“Kita (gabungan baharu) tiada masalah untuk memahami undang-undang DUN. Cuma saya tidak nampak keperluan sidang dewan khas,” katanya pada sidang media selepas lantikan barisan Exco kerajaan negeri baharu di Saujana Johor Bahru pagi tadi.

Pakatan Harapan (PH) Johor semalam memohon satu sidang DUN khas diadakan dalam masa terdekat.

Penyelaras PH Johor, Aminolhuda Hassan berkata, sidang DUN khas itu penting bagi membuktikan gabungan baharu kerajaan Johor di bawah Menteri Besar, Datuk Ir Hasni Mohammad mempunyai majoriti bagi membentuk kerajaan negeri baharu.

PH dijangka menyerahkan surat permohonan berkenaan kepada Speaker DUN, Suhaizan Kaiat Ahad ini. – Sinar Harian

Tags: DUN Johormenteri Besar Johorperikatan nasional
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Diesel Negara Jiran Kini Lebih Rendah Berbanding Malaysia – Takiyuddin

Harga Diesel Negara Jiran Kini Lebih Rendah Berbanding Malaysia – Takiyuddin

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga diesel di negara jiran iaitu Thailand, Indonesia dan Vietnam kini lebih rendah berbanding Malaysia yang merupakan...

Kejayaan JDT Mara Suku Akhir ACL Elite Hasil Usaha Tunku Mahkota Ismail – Onn Hafiz

Kejayaan JDT Mara Suku Akhir ACL Elite Hasil Usaha Tunku Mahkota Ismail – Onn Hafiz

26/03/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi melahirkan rasa syukur dan mengucapkan tahniah kepada Johor Darul Ta’zim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd