• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terpulang Bentang Semula RUU Pindaan Sabah, Sarawak

oleh
05/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kerajaan negeri Sarawak menyerahkan kepada Kerajaan Pusat sama ada akan meneruskan rancangan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, untuk membentangkan rang undang-undang (RUU) pindaan Perlembagaan Persekutuan berhubung kedudukan Sabah dan Sarawak.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini berkata, walaupun RUU pindaan untuk Fasal 2 Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan itu dirancang untuk dibentangkan kerajaan PH sebelum ini, dalam sidang Dewan Rakyat akan datang, situasi sekarang sudah berubah, dengan PH tidak lagi memerintah.

“Dulu memang ada dalam program kerajaan PH untuk membentangkan RUU pindaan itu, tetapi yang dalam sidang parlimen baru saya tak tahu… kalau dia (kerajaan) nak bentangkan semula bentangkanlah. Kalau dia kerajaan Pusat kata tunggu dulu, tunggulah,” katanya.

Beliau yang ditemui pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran Wawasan Ummah Gemilang Majlis Islam Sarawak 2020-2030 di Dewan Majma, di sini berkata, kerajaan baru pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pastinya mempunyai jangka masa sendiri untuk membawa perkara itu kembali ke Dewan Rakyat.

“Terpulang kepada mereka (Kerajaan Persekutuan). Kalau mereka hendak membentangkan pindaan kepada Perlembagaan, kita bersedialah. Terpulang kepada mereka,” katanya.

Pada 17 Disember lepas, Datuk Liew Vui Keong yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu dilaporkan berkata, pindaan perlembagaan itu akan dibentangkan semula di Dewan Rakyat pada Mac 2020.

Menurut beliau perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat tiga hala antara Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Abang Johari dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Bagaimanapun, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dalam satu kenyataan hari ini berkata Majlis Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen Ke-14 yang sepatutnya bermula Isnin depan, telah ditunda ke 18 Mei.

Menurut beliau pemakluman mengenai penundaan tarikh itu telah diterimanya dalam satu surat yang ditandatangani oleh Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan Ketua Majlis mesyuarat.

Tags: Perlembagaan persekutuanruu pindaanSabahsarawak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Profesional, Teknorat Harus Diberi Peluang Dalam Kabinet

Next Post

Tutup Sementara Ibu Pejabat, Bangunan Lama MCMC Cyberjaya

Related Posts

Sarawak Mahu Bangunkan Model AI Sendiri – Abang Johari

Sarawak Mahu Bangunkan Model AI Sendiri – Abang Johari

08/02/2025
0

KUCHING : Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berhasrat untuk membangunkan Model Bahasa untuk Aplikasi Dialog (LaMDA) bagi...

Kastam Sabah Rampas Minuman Keras, Rokok Bernilai RM1.3 Juta

Kastam Sabah Rampas Minuman Keras, Rokok Bernilai RM1.3 Juta

04/02/2025
0

Kota Kinabalu : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menumpaskan aktiviti penyeludupan minuman keras dan rokok bernilai RM1.3 Juta dalam...

Next Post

Tutup Sementara Ibu Pejabat, Bangunan Lama MCMC Cyberjaya

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd