• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sokongan Kabinet Baharu Mencukupi – Zahid

oleh
07/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JUMLAH Ahli Parlimen yang menyokong Perikatan Nasional (PN), kini melebihi jumlah asal selepas yakin dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Tanpa mendedahkan jumlah sokongan asal dan pertambahan itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jumlah besar itu mencukupi untuk mendirikan sebuah kerajaan baharu seperti disahkan pada 29 Februari lalu, oleh Istana Negara.

“UMNO dan Barisan Nasional (BN) mesti diperkukuhkan, Muafakat Nasional (gandingan UMNO dan PAS) mesti diperkasa dan begitu juga dengan PN, kerana ujian di hadapan apabila Parlimen bersidang pada 18 Mei depan terlalu besar.

“PN wajib menguasai majoriti di Parlimen, bukan dengan jumlah Ahli Parlimen sedia ada sahaja, tetapi usaha mesti dilakukan untuk perkukuhkan PN dengan sokongan Ahli-Ahli Parlimen yang mahu menyertai kerajaan, ‘horse trading’ sedang rancak dijalankan oleh pihak lawan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian berkelompok Persidangan UMNO cawangan-cawangan empat peringkat dalam Bahagian Bagan Datuk Tahun 2020 di Kompleks UMNO Bagan Datuk, hari ini.

Pada 1 Mac lalu, Muhyiddin mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri apabila Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan pelantikan itu, selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berkata, PN perlu mengelakkan rasa cukup kuat dan selesa kerana dalam landskap politik, ia baharu dan belum selamat, maka kesemua parti dalam PN wajib bersatu hati, fikiran serta tindakan.

Menurut Ahmad Zahid, beliau berbincang dengan Muhyiddin mengenai hala tuju PN dan kerajaan baharu mesti mempunyai ‘road map’ bagi menyatakan secara jelas dasar serta pelaksanaan program kerajaan.

Pakej rangsangan ekonomi dan dasar-dasar baharu bagi menggantikan dasar yang diumumkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini perlu diumumkan segera oleh PN.

Beliau berkata, rakyat khususnya umat Islam mahu beberapa isu antaranya Tabung Haji (TH) dan pengurusan Felda perlu dipulihkan pada kadar segera, selain bantuan kepada rakyat dalam menghadapi kos sara hidup tinggi, mesti diusahakan secepat mungkin.

“Bantuan untuk rakyat mesti disusun dengan rapi dan disegerakan, supaya rakyat dapat merasa semula pelbagai pemberian bantuan sara hidup, nasib pelajar di universiti dan institusi pengajian tinggi perlu dibela sewajarnya, terutamanya bagi peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),” katanya.

Tags: Ahli Parlimenkabinetperikatan nasional
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

GPS Terima ‘Lamaran’ Muhyiddin, Setuju Masuk Kabinet

Next Post

Anifah Ketuai Gabungan Parti Sabah, Alu-Alukan Penyertaan

Related Posts

Dewan Rakyat ‘Panas’ 2 Ahli Parlimen Blok Kerajaan Bertikam Lidah

Dewan Rakyat ‘Panas’ 2 Ahli Parlimen Blok Kerajaan Bertikam Lidah

05/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini 'panas' dengan pertikaman lidah membabitkan dua Ahli Parlimen daripada blok kerajaan. Pertikaman lidah tercetus...

Ahli Parlimen Berhak Bawa Apa-apa Usul – Johari Ghani

Ahli Parlimen Berhak Bawa Apa-apa Usul – Johari Ghani

27/07/2025
0

SHAH ALAM: Semua Ahli Parlimen berhak mengemukakan sebarang usul di Dewan Rakyat dan tiada pihak boleh melarang, kata Naib Presiden...

Next Post

Anifah Ketuai Gabungan Parti Sabah, Alu-Alukan Penyertaan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd