• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semua Sisatan Dalam Mindef Tak Dihentikan – Ismail Sabri

oleh
13/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan tidak akan menghentikan sebarang siasatan membabitkan kementerian itu termasuk berkaitan projek land swap.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, siasatan yang dilaksanakan itu akan diteruskan seperti biasa.

Bagaimanapun katanya, bagi kes yang dilaporkan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini di bawah tanggungjawab suruhanjaya terbabit.

“Siasatan dalam kementerian yang dulu akan kita teruskan. Kita sudah sebut semalam dari segi Kertas Putih misalnya. Kertas Putih dibentangkan di dalam Parlimen dan diluluskan secara sebulat suara, tak ada isu.

“Beberapa pandangan daripada ahli Parlimen akan dikaji. Ketika perbahasan itu banyak pandangan yag dikemukakan ahli Parlimen untuk menambah baik kementerian di bawah Kertas Putih,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet pertama Kementerian Pertahanan di Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Dalam mesyuarat tersebut, Ismail berkata, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Affendi Buang memberikan taklimat mengenai kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempertahankan kedaulatan negara.

Menurutnya, beberapa pandangan dibincangkan dalam menambah baik tahap persediaan itu namun atas dasar kerahsiaan, sebarang strategi kementerian tidak didedahkan kepada umum.

“Turut dibincangkan berhubung kebajikan anggota yang sedang bertugas dan veteran tentera.

“Satu lagi mengenai hubungan kita dengan rakyat. Sudah dibincangkan tagline yang saya kira menarik iaitu Tentera dan Rakyat Berpisah Tiada.

“ATM bukan eksklusif tiada hubungan dengan rakyat kerana kita sebahagian dengan rakyat. Kita akan perhebatkan program yang dahulunya telah dilaksanakan di bawah Program Jiwa Murni,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail memaklumkan bahawa tiada kakitangan atau anggota tentera yang positif Covid-19 setakat ini.

Katanya, kementerian mewujudkan jawatankuasa komuniti menangani penularan virus berkenaan berpandukan arahan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Petang ini saya dipanggil untuk menghadiri jawatankuasa tangani Covid-19 yang akan dipengerusikan Perdana Menteri.”

Ismail berkata, kementerian bersedia menggunakan kemudahannya jika KKM membuat keputusan membawa pulang rakyat Malaysia di luar negara. – Sinar Harian

Tags: Ismail Sabri YaakobKementerian PertahananMindef
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MINDEF, ATM Sudah Lama Haramkan ‘Pesta Yeye’

MINDEF, ATM Sudah Lama Haramkan ‘Pesta Yeye’

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, hari ini melaungkan amaran tegas budaya hedonisme yang tidak berakhlak serta...

Kerajaan Ada Asas Kukuh Batalkan Sewaan Blackhawk – Khaled Nordin

Kerajaan Ada Asas Kukuh Batalkan Sewaan Blackhawk – Khaled Nordin

21/09/2025
0

PUTATAN: Kementerian Pertahanan (MINDEF) menegaskan pihaknya mempunyai asas kukuh membatalkan sewaan lima tahun membabitkan empat helikopter Blackhawk UH-60A buatan Amerika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd