• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kawal Demonstrasi Di Pejabat Paul Yong

oleh
11/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

POLIS berjaya mengawal demonstrasi yang tercetus antara penyokong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong dengan penyokong DAP di Pusat Khidmat ADUN di Batu Gajah, hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Ketua Polis Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata dalam kejadian 10 pagi itu, kira-kira 100 ahli DAP Perak melakukan protes berhubung tindakan Yong keluar parti, baru-baru ini dan mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat Bebas.

Menurut Ahmad Adnan, ahli DAP berkenaan berkumpul di depan pejabat Khidmat ADUN Tronoh dengan membawa kain rentang dan sepanduk membantah tindakan ADUN Tronoh keluar daripada DAP.

“Pada masa sama, kira-kira 50 penyokong setia kepada ADUN Tronoh berada dalam pejabat pusat khidmat bagi memberi sokongan kepada Yong.

“Bagaimanapun tiada insiden tidak diingini berlaku dan tiada tangkapan dibuat ekoran kesemua mereka bersurai pada 10.40 pagi, selepas dinasihatkan pihak polis,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Mengulas lanjut, Ahmad Adnan berkata ketika kejadian ADUN Tronoh berkenaan tiada di pejabat.

Pada Isnin, selain Yong seorang lagi ADUN DAP yang meninggalkan parti itu adalah A Sivasubramaniam yang juga memilih menjadi wakil rakyat Bebas.

Tags: ADUN TronohDAP Perakpaul yong choo kiong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ADUN Tronoh Dipenjara 13 Tahun, Dua Sebatan

ADUN Tronoh Dipenjara 13 Tahun, Dua Sebatan

27/07/2022
0

IPOH : Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan dua sebatan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul...

Kes Rogol: Nasib ADUN Tronoh Diketahui 29 Jun Ini

17/05/2022
0

IPOH – Keputusan sama ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong didapati bersalah atau dibebaskan daripada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd