• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pimpinan PH Khianat Dipersilakan Keluar – Anwar

oleh
10/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar dan mahu pemimpin yang mengkhianati amalan demokrasi supaya keluar dari Pakatan Harapan (PH).

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, beliau mahu mengukuhkan pergerakan parti itu dan menerangkan kepada rakyat berkenaan sanggahan pihak mengkhianati mandat rakyat.

Menurutnya, PKR tidak perlu panik dengan tragedi keruntuhan kerajaan PH sebaliknya semua ahli parti itu perlu kembali memulihkan semangat mereka.

“Saya jelaskan pada pimpinan PH mengenai apa yang berlaku sepanjang konflik tempoh hari pada rapat umum bersama pimpinan semalam.

“Apa juga yang berlaku, pasukan ini akan terus kekal bersama dan membina kekuatan.

“Jangan kita biarkan episod pengkhianatan demokrasi ini berlaku lagi. Jika ada lagi pimpinan seperti ini, dipersilakan keluar,” katanya di Facebooknya hari ini.

Anwar yang juga Ketua Umum PH turut mengajak semua pihak supaya tidak mengalah dan sanggup mengorbankan prinsip perjuangan hanya disebabkan episod pengkhianatan demokrasi yang berlaku.

Semalam, Anwar mempersoalkan keperluan pihak yang terus mengkritiknya, dipercayai ditujukan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata demikian ketika mengimbau kembali keruntuhan kerajaan PH dan perkara berlaku selepas itu pada satu majlis di rumahnya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur semalam.

Kelmarin, media melaporkan Dr. Mahathir sebagai berkata, Anwar mencadangkan dirinya sebagai Timbalan Perdana Menteri jika Dr. Mahathir yang kembali menyertai PH, berjaya membentuk kerajaan baru.

Bagaimanapun, Dr. Mahathir menegaskan beliau menolak cadangan Anwar dan mahu bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail kembali menjadi timbalannya.

Pada 24 Februari, tindakan Dr. Mahathir meletak jawatan diikuti keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) keluar PH menyebabkan kerajaan pakatan itu tumbang selepas mentadbir negara selama 22 bulan.

1 Mac lalu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menerima sokongan parti dalam Perikatan Nasional akhirnya dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan untuk kerajaan baharu. – Sinar Harian

Tags: Anwar Ibrahimpakatan harapanPKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Bukan Kerana Desakan, Tiada Kenaikan Sejak 10 Tahun Lalu – PM

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Bukan Kerana Desakan, Tiada Kenaikan Sejak 10 Tahun Lalu – PM

05/01/2026
0

PUTRAJAYA: Keputusan kerajaan untuk menaikkan gaji penjawat awam termasuk hakim bukan atas desakan mereka, sebaliknya dibuat kerana ada keperluan selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd