• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyebaran Infografik Mengenai ‘Lockdown’ Palsu

oleh
16/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMENTERIAN Kesihatan menafikan mesej tular di media sosial mendakwa Malaysia akan dikenakan perintah sekatan pergerakan masuk dan keluar (lockdown) hari ini berikutan penularan koronavirus baharu (Covid-19).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba, menerusi hantaran di Facebook rasminya berkata, penyebaran infografik mengenai ‘lockdown’ di negara ini hari ini, 16 Mac (Isnin), adalah palsu.

“Tiada sebarang perintah ‘lockdown’ buat masa ini. Mohon hentikan penyebaran khabar palsu seperti ini,” katanya.

Sejak petang semalam, tular satu infografik yang dikongsi netizen melalui Facebook dan WhatsApp dengan tanda pagar #Malaysialockdown hari ini, bermula 8 hingga 10 malam.

Infografik itu juga menyebut Covid-19 Hour dengan mengandungi beberapa larangan iaitu jangan keluar dari rumah, jangan keluar ke tempat awam seperti pasar raya dan restoran serta sembahyang dan berdoa.

Ia juga menyuruh rakyat Malaysia supaya berada di kediaman masing-masing.

Bagaimanapun, dalam hantaran yang sama, Dr. Adham menggesa rakyat Malaysia mematuhi nasihat kesihatan dan penjarakan sosial satu meter yang diberikan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Kesihatan.

Sebanyak 190 kes baharu dilaporkan positif Covid-19 setakat 12 tengah hari semalam menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 428 kes.

Tags: Covid-19KKMkoronaviruslockdown
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd