• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penuntut Universiti Didenda RM4,000 Hina Nabi Muhammad

oleh
05/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Padah membuat dan menghantar komunikasi jelik berhubung Nabi Muhammad SAW menerusi akaun Facebook, seorang penuntut universiti didenda RM4,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini.

Hakim M M Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu terhadap Ain Zafira Md Said, 28, selaku Orang Kena Saman (OKS), selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah pada hari pertama perbicaraan kes tersebut.

Wanita itu didakwa menggunakan laman profil Facebook ‘Ain Zafira Md Said’ secara sedar membuat penghantaran menggunakan perkhidmatan komunikasi yang jelik sifatnya dengan niat menyakitkan hati orang lain pada jam 12.05 pagi, 5 September 2019.

Pautan itu dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Tingkat 27, Menara KPJ, Jalan Tun Razak di sini, pada jam 4.15 petang, 8 September 2019.

Ain Zafira didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam Nor Azri Mohd Arif, yang mewakili Ain Zafira, merayu mahkamah mengenakan hukuman berbentuk denda minimum atas alasan anak guamnya kesal dan telah menerima pengajaran daripada tindakannya.

“OKS merupakan anak kedua daripada dua adik-beradik, masih belajar dan ditanggung oleh ibunya yang merupakan ibu tunggal.

“Dalam kes ini, OKS sudah menyesal akan perbuatannya dan memohon maaf pada semua yang terkesan dengan ‘posting’ beliau keluarkan. ‘Posting’ tersebut telahpun dipadam,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Annur Atiqah Abd Hadi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pengajaran kepada Ain Zafira kerana tindakan wanita itu telah mencetuskan kemarahan umat Islam di Malaysia.

Menurut beliau, hukuman berbentuk pengajaran boleh menjadi contoh kepada semua rakyat Malaysia supaya lebih sensitif dan berhati-hati ketika ingin menyuarakan pendapat di media sosial.

“Ribuan orang dapat melihat dan mengakses hantaran OKS tersebut,” tambahnya.

Ain Zafira membayar denda tersebut.

Tags: Hina Nabi Muhammadpenuntut universiti
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kematian Akibat COVID-19 Di China Melepasi 3,000 Orang

Next Post

Tanggungjawab PM Terhadap Semua Jabatan Sehingga Lantikan Kabinet

Related Posts

Penuntut Universiti Leka Berjudi Ditahan

Penuntut Universiti Leka Berjudi Ditahan

03/11/2024
0

Subang Jaya : Kelekaan penuntut universiti swasta bermain judi di sebuah apartmen di sini, mengundang padah apabila diserbu polis malam...

Gesa Perhimpunan Agung PBB Ambil Perhatian Isu Hina Nabi Muhammad

11/06/2022
0

ISLAMABAD - Pakistan pada Jumaat menggesa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil perhatian terhadap kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW...

Next Post

Tanggungjawab PM Terhadap Semua Jabatan Sehingga Lantikan Kabinet

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd