• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Kilang Tak Serik Hina Agong, Permaisuri

oleh
06/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tidak serik melakukan penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tahun lalu, seorang pekerja kilang sekali didakwa atas pertuduhan yang sama di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh, Shahril Mohd Sarif, 37, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim M M Edwin Paramjothy.

Mengikut pertuduhan, bapa empat anak itu didakwa secara sedar, membuat dua hantaran jelik melalui aplikasi Instagram (IG) menggunakan nama ‘s.sharilbinmohd’ iaitu dengan niat untuk menganiayai orang lain.

Ia telah dibaca di laman profil Facebook Muhamad Safwan pada jam 4.06 petang, 1 Mac lalu di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM 50,000 atau penjara tidak lebih setahun dan hendaklah didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Pendakwaan dikendali oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Asyraf Md Kamal tidak mencadangkan sebarang jaminan kepada tertuduh kerana jenayah memuat naik kenyataan dengan niat menghina Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong di paparan siaran langsung IG Istana Negara ketika istiadat angkat sumpah Perdana Menteri kelapan.

“Yang Arif, tertuduh baru sahaja selesai menjalani hukuman penjara dua bulan kerana menghina Yang di-Pertuan Agong, bermula 26 April tahun lalu.

“Ternyata tertuduh tidak serik dengan hukuman dan masih mengulangi kesalahan sama,” katanya.

Bagaimanapun mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM16,000 bagi kedua-dua pertuduhan.

Edwin Paramjothy menangguhkan keputusan pertuduhan kerana terdapat beberapa pertuduhan lain akan dibuat Khamis depan. – Sinar Harian

Tags: Hina Agonghina permaisuri agongPekerja Kilang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kilang Maut Tersepit Mesin Pengisar Batu

Pekerja Kilang Maut Tersepit Mesin Pengisar Batu

07/10/2025
0

KUCHING: Seorang lelaki maut selepas tersepit dalam mesin pengisar batu dalam kejadian di sebuah kilang memproses tar jalan raya di...

Pekerja Kilang Terbabas Sendiri, Maut Dilanggar Motosikal Lain

Pekerja Kilang Terbabas Sendiri, Maut Dilanggar Motosikal Lain

19/12/2024
0

SUNGAI PETANI: Seorang pekerja kilang gagal maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas menyebabkan dia terjatuh di atas jalan sebelum dilanggar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd