• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Bukan Lagi Anggota PH – Anwar

oleh
13/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bukan lagi anggota Pakatan Harapan (PH).

Perkara tersebut dimaklumkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

“Sekarang sehingga hari ini, dia (Dr. Mahathir) bukan lagi anggota PH. Tapi kita buka untuk rundingan di mana dia ada menjemput untuk berjumpa dengan beberapa orang daripada kita (PH) hari ini.

“Saya tidak bersama kerana saya berada di sini (sidang media),” katanya.

Berhubung dakwaan Dr. Mahathir yang mengatakan beliau ditolak orang Melayu kerana membawa idealogi politik liberal, Anwar berkata, beliau mendapat sokongan majoriti Melayu di kawasan yang ditandinginya pada pilihanraya.

“Mahathir tolak saya tapi orang Melayu, saya belum pasti sebab saya bertanding di semua kawasan majoriti besar orang Melayu sokong saya.

“Port Dickson majoriti lebih 60 peratus sokong dan di Permatang Pauh, ia adalah sokongan Melayu. Maka saya rasa tak perlu ulas lebih daripada itu,” katanya.

Dalam pada itu Anwar berkata, komponen PH tetap terikat dengan janji kepada rakyat dan mereka yang memungkiri serta mengkhianati janji itu, dianggap tidak telus dan jujur dalam perjuangan.

Menurutnya, PH bersedia menghadapi sebarang kemungkinan sama ada di kalangan rakyat, Dewan Rakyat atau pun berdepan pilihan raya umum.

“Kita sebagai parti tetap pertahankan Islam, bangsa Melayu dan merangkul semua kaum dan suku lain di negara ini.

“Saya harap ini jelas walaupun ia bermakna mengorbankan kedudukan dan tidak menjadi Perdana Menteri seperti yang diuar-uarkan sekian lama.

“Saya tidak gundah kerana saya rasa perjuangan politik ini, etika dan moral mengatasi bukan pengkhianatan,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Anwar IbrahimMahathir Mohamadpakatan harapan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jumlah Kematian Akibat Covid-19 Di China Meningkat 3,179

Next Post

Zulkifli Sebak Baca Surat Wan Aiman

Related Posts

Kes Zara Qairina: ‘Siasatan Telus, Tiada Sesiapa Dilindungi’ – Anwar

Kes Zara Qairina: ‘Siasatan Telus, Tiada Sesiapa Dilindungi’ – Anwar

09/08/2025
0

KOTA BHARU: Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan siasatan terhadap kes Zara Qairina Mahathir akan dijalankan secara telus tanpa ada...

Muhyiddin Tuntut Anwar Mohon Maaf

Muhyiddin Tuntut Anwar Mohon Maaf

07/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) menuntut Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta maaf berhubung kenyataan Perdana Menteri yang mendakwa...

Next Post

Zulkifli Sebak Baca Surat Wan Aiman

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd