• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebuh Raya PLUS Beroperasi Sepanjang PKP

oleh
23/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semua lebuh raya di bawah kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS) tetap beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac hingga 31 Mac ini memandangkan ia adalah laluan kritikal dalam negara.

Perkhidmatan kritikal lebuh raya seperti PLUSRonda dan talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 juga beroperasi 24 jam sepanjang tempoh itu, menurut PLUS dalam kenyataan hari ini.

PLUS menyatakan sebarang saringan, sekatan jalan dan lencongan di laluan menghala ke lebuh raya adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Sehubungan itu, PLUS menggesa orang ramai supaya menghubungi Bilik Gerakan PDRM di talian 03-2266 3356 untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai saringan, sekatan jalan atau lencongan jalan dalam tempoh tersebut.

PLUS turut mengingatkan semua pelanggan supaya sentiasa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan kerajaan dan terus berada di rumah bagi membendung penularan koronavirus (Covid-19) demi keselamatan diri dan keluarga.

Tags: lebuh raya PLUSperintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

16/10/2023
0

KUALA LUMPUR : Perintah berkurung di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dijenamakan semula sebagai Perintah Kawalan Pergerakan ESSZONE mulai jam...

Akta Laksana Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjut Hingga 31 Disember

29/07/2021
0

PETALING JAYA – Penguatkuasaan Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit dilanjutkan bagi tempoh bermula 2 Ogos sehingga 31 Disember 2021....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd