• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ku Nan Emosi Selepas Asetnya Didedah Kepada Umum

oleh
05/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk pengisytiharan asetnya didengar dalam prosiding secara tertutup tanpa kehadiran orang awam atau pihak media, bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu gagal mengawal perasaan di bilik bicara.

Ketika pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya, Julia Ibrahim dalam prosiding membela diri bagi tuduhan menerima RM2 juta daripada ahli perniagaan Tan Sri Chai Kin Kong, Ahli Parlimen Putrajaya itu meninggikan suaranya apabila ditanya sama ada ayat dalam pernyataan saksinya adalah pendapat peribadi.

“Apabila saya katakan saya tidak mahu mengisytiharkan diri saya, ia kerana di khalayak ramai, anda tahu mengapa. Sekarang saya menghadapi masalah. Selepas saya mendedahkan hampir satu bilion (aset), mereka akan mensensasikannya,” katanya dengan suara yang tegang dan penuh emosi.

Peguam Datuk Tan Hock Chuan yang mewakili bekas Setiausaha Agung UMNO itu kemudian mencelah dan meminta mahkamah berhenti rehat seketika untuk menenangkan Tengku Adnan.

Terdahulu, Hakim Mohamed Zaini Mazlan yang mendengar perbicaraan itu dalam keputusannya terhadap pengisytiharan aset memutuskan bahawa untuk perbicaraan itu dijalankan secara adil, ia mesti dilakukan secara telus dan orang awam mempunyai hak untuk mendengar apa yang didengar di mahkamah dan melihat apa yang dilihat di mahkamah.

“Dengan cara ini orang awam dapat menghargai apa sahaja keputusan yang dibuat oleh mahkamah dan tidak tertanya-tanya dengan apa-apa keterangan yang disimpan rahsia,” katanya sambil menambah bahawa Tengku Adnan gagal meyakinkan mahkamah bahawa ia adalah untuk kepentingan keadilan atau menunjukkan sebab yang cukup dalam permohonannya.

“Sebaliknya, tertuduh bimbang asetnya dan keluarganya dimaklumkan secara terbuka. Beliau, antara lain, takut keselamatan keluarganya sekiranya butiran kekayaannya diketahui umum.

“Saya berpendapat bahawa untuk berbuat demikian sebenarnya akan bertentangan dengan kepentingan keadilan. Saya sedar hakikat bahawa tertuduh adalah bekas menteri persekutuan dan kes ini telah mendapat liputan meluas. Perbicaraan ini bukan sahaja perlu dilakukan secara adil tetapi mesti dilihat secara adil,” katanya.

Perbicaraan kemudian diteruskan dengan pemeriksaan utama oleh Hock Chuan dan Tengku Adnan, 69, berkata, beliau telah mengisytiharkan asetnya kepada tiga perdana menteri semasa beliau berkhidmat sejak menyertai Kabinet pada 2001, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ditanya lanjut oleh Tan mengenai jumlah asetnya yang telah diisytihar kepada Dr. Mahathir pada tahun 2001, Tengku Adnan berkata: “Saya rasa ia melebihi RM900 juta.”

Kepada soalan sama ada angka itu ialah RM938,643,566.16, bekas menteri itu menjawab: “Betul.”

Tags: asetTengku Adnan Tengku Mansor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

6 Negara Siasat Aset Milik Tun Daim

6 Negara Siasat Aset Milik Tun Daim

01/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa di enam negara akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan harta dan aset...

RM4.5 Bilion Harta Daim Di Lima Negara Akan Dibeku

RM4.5 Bilion Harta Daim Di Lima Negara Akan Dibeku

29/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Aset dan harta dikaitkan dengan bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin, keluarganya serta proksi, yang berada di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd