• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNHEP Jamin Bekalan Barangan Keperluan Mencukupi

oleh
17/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan bekalan barangan keperluan adalah mencukupi dan orang ramai tidak perlu melakukan pembelian panik. 

Menterinya Datuk Alexander Nanta Linggi berkata beliau sudah mengarahkan kesemua 2,500 pegawai penguat kuasa KPDNHEP di seluruh negara untuk turun padang bagi memastikan pasar raya mengisi semula barangan keperluan dan tidak menaikkan harga. 

“Semua pengguna jangan lakukan pembelian panik. Tidak perlu beli bekalan makanan berlebihan kerana barangan keperluan mencukupi berdasarkan maklumat KPDNHEP,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan cawangan Tealive di kementeriannya di sini, hari ini. 

Nanta berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pembelian panik yang dibuat orang ramai bermula Isnin. 

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin mengisytiharkan Malaysia akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa mulai 18 Mac hingga 31 Mac di seluruh negara bagi mencegah penularan wabak COVID-19 yang dibimbangi akan menjangkiti lebih ramai rakyat.

Ini pertama kali dalam sejarah, Malaysia menguatkuasakan perintah seumpama itu.

Perintah kawalan itu dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Nanta berkata pembelian panik akan menimbulkan banyak masalah, dan beliau meminta kejasama semua orang untuk berhenti melakukan  pembelian panik manakala kedai dan pasar raya perlu memastikan bekalan barangan keperluan sentiasa ada.

Ditanya sama ada kementerian akan mengehadkan jumlah barang yang boleh dibeli oleh setiap orang, beliau berkata kementerian tidak bercadang berbuat demikian buat masa ini.

“Sekiranya kami berpendapat perkara itu perlu, kami akan ambil tindakan sesuai,” katanya.

Ditanya mengenai pihak yang mengambil kesempatan dengan menjual sekotak 150 unit penutup mulut dan hidung dengan harga mencecah RM150, Nanta berkata KPDNHEP akan memantau perkara itu. 

“Pada masa sama pengguna juga perlu mengambil tindakan bijak. Kenapa perlu buat pembelian jika harga ditawarkan mahal,” katanya. 

Tags: bekalan baranganKPDNHEPperintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Najib Gesa KWSP Mudahkan Pencarum Hadapi Masa Susah

Next Post

RM1.4 Bilion Dana 1MDB Telah Dikembalikan – PMO

Related Posts

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

16/10/2023
0

KUALA LUMPUR : Perintah berkurung di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dijenamakan semula sebagai Perintah Kawalan Pergerakan ESSZONE mulai jam...

2,252 Laman Sesawang Disekat Langgar Hak Cipta – KPDNHEP

2,252 Laman Sesawang Disekat Langgar Hak Cipta – KPDNHEP

21/10/2022
0

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berjaya membanteras pengedaran cetak rompak secara fizikal melibatkan 531 kes...

Next Post

RM1.4 Bilion Dana 1MDB Telah Dikembalikan - PMO

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd