• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNHEP Akan Teruskan Dasar Sedia Ada Yang Baik

oleh
12/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan meneruskan dasar dan strategi sedia ada yang baik oleh kerajaan terdahulu dan menambah baik aspek yang perlu, kata Menterinya, Datuk Alexander Nanta Linggi.

Bercakap kepada media pada hari pertama bertugas di KPDNHEP, di sini hari ini, beliau berkata, sememangnya masih terdapat ruang dan peluang untuk penambahbaikan kepada strategi atau dasar yang boleh mensejahterakan rakyat memandangkan keutamaan kementerian adalah rakyat.

“Jadi kita sepatutnya buat dasar yang boleh membantu meringankan beban rakyat dan juga mereka yang terlibat dalam perdagangan dalam negeri,” katanya.

Terdahulu, Nanta dan timbalannya, Datuk Rosol Wahid menerima sambutan rasmi daripada warga KPDNHEP dan mengetip kad perakam waktu sebagai tanda memulakan tugas di kementerian itu.

Mengenai kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, bahawa setiap kementerian dan jabatan akan mengemukakan cadangan yang akan menjadi keutamaan memandangkan kerajaan tiada manifesto, Nanta berkata: “Kami pasti akan melakukan yang terbaik sama ada dengan manifesto atau tanpa manifesto, kami masih perlu memainkan peranan kami.”

Ditanya mengenai saranan pengusaha petrol supaya kerajaan menetapkan harga lantai petrol dan diesel disebabkan perang harga dunia, Nanta berkata, kementerian akan mengkaji cadangan itu.

“Kami perlu mendengar daripada semua pihak dan memastikan percambahan idea dilakukan dan jika ia baik maka kami akan mencadangkannya kepada kerajaan,” katanya.

Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) sebelum ini mencadangkan harga lantai untuk petrol dan diesel diperkenalkan memandangkan harga bahan api itu dijangka turun lagi berikutan perang harga minyak dunia.

Nanta berkata, kerajaan juga akan mengkaji Program Subsidi Petrol (PSP) yang diperkenalkan oleh kerajaan sebelum ini sama ada ia perlu diteruskan.

“Sesuatu yang telah sedia ada atau dicadangkan, jika saya yakin ia bagus, kenapa kita tidak melihatnya secara positif. Kita boleh meneruskannya jika ia baik untuk rakyat dan negara,” katanya.

Tags: KPDNHEPPSPsubsidi petrol
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bangsa DAP Dah Tersungkur, Kemana Hilangnya Gagasan Tiga?

Next Post

Teliti Kaedah Konvensional Lebuhraya Pan Borneo – Fadillah

Related Posts

2,252 Laman Sesawang Disekat Langgar Hak Cipta – KPDNHEP

2,252 Laman Sesawang Disekat Langgar Hak Cipta – KPDNHEP

21/10/2022
0

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berjaya membanteras pengedaran cetak rompak secara fizikal melibatkan 531 kes...

KPDNHEP Lancar 3 Logo Baharu Barangan Buatan Malaysia

KPDNHEP Lancar 3 Logo Baharu Barangan Buatan Malaysia

14/10/2022
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melancarkan tiga kategori logo barangan buatan Malaysia yang baharu,...

Next Post

Teliti Kaedah Konvensional Lebuhraya Pan Borneo - Fadillah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd